Mengapa Tiada Akaun Instagram ?

Ma Shaa Allah… Persoalan itu serta jawapannya sudah lama tersimpan dan berlegar-legar di dalam minda, namun si tukang catat tidak menemukan pencetus yang menjadi sebab artikel jawapan ini terzahir. Setelah begitu lama, akhirnya jawapan ini dapat ditulis setelah membaca sebuah artikel dalam talian. Tangkap layar artikel tersebut ada dikepilkan bersama-sama dengan tulisan blog ini.


Membaca artikel dalam talian tersebut, hati si tukang catat miris oleh gerimis berdarah. Bukan mudah untuk seseorang membuat keputusan sebegini rupa. Sebagai individu INFP yang memahami dan menghargai apa itu konsep ‘bahagia ikut cara kita’, memang tabik spring dengan pemuda yang dimaksudkan dalam artikel ni.

Memang tidak mudah untuk berbuat demikian apabila seseorang itu ditakdirkan fungsi Extraverted Feeling (Fe)nya lebih aktif seperti ENFJ, ESFJ, INFJ, ISFJ dan lain-lain. Bagi mereka yang fungsi Introverted Feeling (Fi)nya lebih aktif macam orang INFP, ISFP dan lain-lain dalam ranking top 4, memang Allah permudahkan.

Teringat suatu ketika dahulu si tukang catat ada akaun FB lama, dalam senarai rakan ada tersenarai rakan kenalan dari zaman tadika sampailah yang dikenali lewat pembabitan dalam dunia Susastera. Tidak dinafikan apa yang dirasai dan dialami pemuda dalam artikel tersebut dirasakan juga oleh si tukang catat. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui rasanya dan bagaimana berdepan dengan rasa begitu setiap kali log in ke akaun FB. Akhirnya akaun FB itu berkubur begitu sahaja selepas PRU 14. Ikut gerak hati untuk tutup sahaja, maka ditutuplah. Seperti Hamba Allah ini, ” Biar saya dengan rentak sendiri.”

Janji doa tak pernah putus…

Sudah suratan atau kebetulan, dalam sistem Enneagram, si tukang catat tergolong dalam individu dengan Type 4w3.

Pantang larang besar bagi Type 4 adalah membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Sebabnya, kesannya jauh lebih makan dalam berbanding Types yang lain dalam sistem ini. Sebaik-baiknya elakkan diri dari terlibat dengan sesuatu yang trigger untuk membuat perbandingan dengan orang lain. Kalau Type yang lain boleh positifkan dengan mudah, tapi Type 4 tidak atau proses positif itu amat-amat perlahan. Jadi, mencegah itu lebih baik lagi. Atas sebab itulah si tukang catat langsung tidak ada akaun IG dan lebih selesa serta bahagia begitu.

Yang ingin membaca story ni boleh follow link ini :

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2023/07/20/bekas-pelajar-sekolah-pandai-nekad-tak-buka-ig-penat-tengok-kehidupan-kawan-kawan—biar-saya-dengan-rentak-sendiri

Bahagia cara kita.

Wallahu’alam…

-infpmenulis

Zaihasra: Pengguna Fungsi DomFi yang Penuh Misteri ( Bahagian 2)

Sumber



kitakah yang berani berdepan
dengan kenyataan yang perih
tetapi amat memberikan erti
atau kitakah yang takut
pada angin dan bayang-bayang

kalau demikian garis takdir
atau tuntutan diri
apakah yang lebih bererti
untuk mengisi kebebasan dan kemerdekaan
seseorang kita yang bernama manusia

‘Catatan’
Kuala Lumpur
24 Mac 1979

Catatan ini dapat juga disambung ke bahagian kedua, setelah mempelajari serba sedikit asas-asas Vultology yang dipelopori oleh Juan Eduardo Sandoval dan pasukan penyelidiknya.

Ada sesuatu yang menarik menyinggah ke hati ketika membaca ulasan Juan Eduardo Sandoval bagi analisis sampel video temuramah J.K. Rowling (pengarang novel pop bersiri Harry Potter).

” Again FiNe’s are not quite that fond of articulation (Je) or narrativism (Pi), but instead on identity-finding and embodiment.”

Lantas hati si tukang catat berkata, mungkin inilah jawapan mengapa para penulis INFP tidak begitu prolifik dalam menghasilkan karya prosa (cerpen dan novel) yang memerlukan konsentrasi dan bateri stamina mental-emosi-spiritual yang tinggi dalam jangkamasa panjang. Penulis INFP menulis, kerana ingin mengongsikan tentang merasai atau mengalami sesuatu yang bersifat abstrak setelah melalui pengalaman berinteraksi secara fizikal dengan persekitarannya, mahupun sewaktu dalam perjalanan mencari identiti dirinya. Namun, mereka agak kurang dari segi menyatakan idea-idea secara berterus-terang lagi teratur melalui penyampaian naratif yang panjang, mungkin kerana bateri stamina yang tidak begitu tinggi seperti penulis INTJ atau yang ada kod xxxJ. Sementelah lagi, fungsi Extraverted Thinking penulis INFP juga berada di tempat keempat dalam hierarki. Maka, penulis INFP lebih cenderung untuk menulis karya puitis – sajak, lirik lagu dan lain-lain yang tidak memerlukan stamina yang begitu tinggi.

Corak yang sama jelas terlihat dalam kes Allahyarhamah Zaihasra. Allahyarhamah Zaihasra hanya menghasilkan sebuah novel sahaja sepanjang perjalanan seninya- novel Pelarian IV. Selebihnya adalah antologi sajak yang berisi sajak-sajak yang merakam pengalaman peribadi penuh emosi dalam mendepani pengalaman hidup yang penuh ranjau berliku.

” Lewat usia kini menemukan
alam dalam bentuk seginya
bersuara
Aku kian jauh
melampui beku masa lalu
di sini sarat-sarat keyakinan
menyatakan kewujudan “


( Di Sini Waktu Yang Luka, Sebuah Cinta Semakin Ungu )

Ungkapan ‘beku masa lalu’ itu dapat pula ditafsirkan sebagai sesuatu yang dikenali di kalangan komuniti MBTI sebagai Fi-Si Loop.

Selain itu, pengalaman hidup Allayarhamah di kampung halamannya di Melaka, kemudian berhijrah ke Kuala Lumpur telah mengaktifkan fungsi Extraverted Intuition (Ne) dan Introverted Sensation (Si). Kedua-dua fungsi ini banyak membantu dalam proses kreativiti Allahyarhamah Zaihasra. Fungsi Ne meneroka peluang-peluang untuk meluaskan pengalaman peribadi yang mengkayakan perbendaharaan idea-idea kreatif serta mengelak dari terus terpuruk di takuk lama. Manakala fungsi Si pula sebagai penyimpan memori pengalaman peribadi yang menjadi titik rujukan dan penanda aras yang menjalin perhubungan antara kekinian, masa silam dan masa akan datang, yang seterusnya ditafsir oleh fungsi Introverted Feeling sebagai unsur-unsur pengajaran dan iktibar buat diri sendiri. Gandingan kedua-dua fungsi ini banyak membantu proses penyampaian ‘rasa’ yang terjana melalui fungsi Introverted Feeling. Rasa yang terjana dari fungsi ini sebenarnya sukar dikongsikan kepada khalayak kerana apa yang dirasai itu berpusat di dalam diri dan kekal terpendam begitu sahaja tanpa peluahan lewat gandingan fungsi Ne-Si.

Justeru, berdasarkan semua dapatan ini, si tukang catat yakin bahawa Allahyarhamah Zaihasra memang lebih cenderung ke arah individu INFP. Selama tidak ada dapatan lain yang menyanggahnya.

Pun begitu, tulisan ini diakui masih banyak kekurangannya, kerana penilaian dibuat hanya berdasarkan kisah hidup dari penceritaan pihak ketiga dan penelitian terhadap karya-karya Allayarhamah semata-mata. Semoga bermanfaat.

Bissiril al-Fatihah…

-infpmenulis

Watak Lebai Pa : INFJ atau INFP ?

Lebai Pa atau nama penuhnya Tapa Bin Marwan adalah watak utama dalam novel klasik yang menjadi teks bacaan dan kajian subjek Kesusasteraan Malayu peringkat SPM sekitar tahun 1990an.

Perjalanan watak Lebai Pa dalam cerita ini amat menarik untuk dibincangkan, terutama dalam aspek kajian Jungian Typology/MBTI.
Kerana beliau merupakan seorang tokoh agama yang begitu dihormati di kampung tempat beliau bermukim, dan sebelum itu ibarat burung phoenix yang bangkit dari abu kemusnahan masa silam beliau bangkit dari kekecewaan cinta pertama yang hampir-hampir meragut nyawanya.

Berdasarkan pembacaan berkali2 sejak tahun 1997 ( buku ini peneman si tukang catat saat fasa hati luluh oleh peritnya apa yang bernama ‘ the first limerence‘. ), hanya ada dua jenis type preferences yang rasi dengan watak Lebai Pa – INFJ atau INFP. Kedua-duanya dalam kumpulan temperament Catalyst/Idealist/NF sistem Berens-Kiersey, dan individu dalam kumpulan ini dikenali dengan kecenderungan ke arah dunia spiritual dan jiwa yang halus sensitif, serta mereka banyak terlibat dalam bidang pembangunan insan.

Mula2nya memang si tukang catat mengatakan type preferences watak Lebai Pa adalah INFP, tetapi setelah diteliti satu aspek berdasarkan satu babak yang terjadi selepas Mak Bibah tidak merestui cinta kasih Tapa buat Mimah dan kemudian Mak Bibah menghina Tapa serta seisi keturunannya, si tukang catat berubah pendirian.

Semuanya selepas meneliti hasil kajian dari Dr. Eve Deluna, seorang pakar psikiatri/psikoterapis yang menjadi anak murid Prof. Kiersey. Berdasarkan isi buku ‘Survival Games Personalities Play‘.

Lebai Pa atau Tapa Bin Marwan adalah individu dengan INFJ preferences.

Apabila individu INFJ mengalami mental meltdown/breakdown, mereka akan mengalami keadaan catatonia, terbaring di katil sepanjang hari seolah-olah semangat mereka telah hilang jauh meninggalkan mereka. Yang paling parah situasinya adalah mereka langsung meninggalkan makan dan minum sepanjang terbujur di pembaringan.

Itulah yang dialami Tapa Bin Marwan setelah mengalami tekanan mental yang begitu hebat.

Pun begitu, apa yang mengelirukan si tukang catat pada awalnya adalah keputusan Tapa untuk meninggalkan kampung Padi Setempat menuju ke satu arah yang belum pasti hala tujunya lebih kepada kecenderungan individu INFP setelah patah hati. Namun individu INFJ boleh juga melakukan hal sedemikian dengan menggunakan fungsi Introverted Intuition (Ni) yang menjadi fungsi dominan mereka.

Setakat ini, si tukang catat lebih cenderung untuk mengatakan watak Lebai Pa mempunyai kecenderungan individu INFJ.

Wallahu’alam.

-infpmenulis

‘Hot Palm’ : In The Grip Of Writer’s Burnout

work-1515801_1280

It is not easy for me to disclose the actual things behind my retirement from writing Malay Creative Writing/Literature works. Somehow I feel moved to share some of the important lessons in two separate posts. In the first post, I’ll share about an interesting findings after reading several Traditional Chinese Medicine articles written by the practitioners. It is about Hot Palm – a health warning sign that became more and more obvious during my active involvement in Malay Creative Writing/Literature. Due to the lack of knowledge and awareness, I became ignorant and so, it leads to the deteriorations of my health conditions in 2012. As a result, my productivity depleted dramatically and many more, and so I quit officially in 2014. Hopefully these two posts can help my fellow writers to realize the importance of self-care, and so, surviving from the grip of writer’s block and burnout.

I’m gravitated towards Traditional Chinese Medicine and other alternative way of self-care, since realizing that I have obvious over-reactive reactions to many modern medical drugs and chemicals. Reading writings from any Traditional Chinese Medicine practitioners are an eye-opening experiences, especially so when I read about any topics that related to my health issues.

Hot palms ( with sweats ) occasionally happening on myself for more than several years since I was a teenager. And those episodes were happened when I experienced the lowest of the lows. For a sudden, I got a very logical explanation of super-enormous burnout episode around 2012-2014 that lead me to my early retirement from Malay Creative Writing/Literature world. Before that, I thought that my decision are entirely driven by negative feelings and emotions. But now, by joining the dots from my self-discovery journey as an Idealist/Catalyst and exploring on best possible solutions for my own health in Traditional Chinese Medicine path, I know that I was solely motivated by intuitively trusting my own body wisdom for survival and that was the best decision on that moment.

It is also one of the sure signs that an individual is experiencing exhaustion and burnout. My sign of writer’s burnout were manifested as early as 2010-2011. My hand palms were hot enough to melt a small bar of chocolate in my grip for several minutes ! My body called me for help, but I ignored how important it was due to a combination of blind stubborness, being cocky and lack of knowledge and awareness. As a result, I have to take a dramatic and radical decision when the things went too far.

 

Writer’s Burnout And Self-Care

Retirement is not an absolute solution to writer’s burnout. It is only serves as a last resort. I took that decision after realizing that pursuing in Malay Creative Writing/Literature was no longer meaningful and it was obviously destroying me inside and out, sooner or later. Other good or better possible solutions to writer’s burnout are still available, especially when it is still in the early stage when a writer just only experiencing hot palms.

In my honest two cents, the best way to solve it in early stage is by doing some acupuncture or acupressure sessions and combining it with some spiritual activities like praying or reciting Holy Scriptures. And doing flower bath or rock salt bath for several weeks as an additional activity is also very helpful by Allah’s Power and Permission.

Acupuncture sessions must be done by a pro by appointments, but we can do our own acupressure massage sessions at home.

There are three places to four acupressure spots that we can apply some deary massages when we are experiencing hot palms. Honestly, it can reduce the hotness and so, that hand sweats.

The first two spots ( heart-related HT7 and HT8 ) are shown in the first picture :

HeartMeridian

Source : http://okinawakenpodssi.com/heart_19.htm

And the other two ( PC6 and PC8 ) are shown in picture below :

PericardiumMeridian

Source : http://okinawakenpodssi.com/pericardium_19.htm

We can put essential oils at the massaging spot before massaging/kneading it, to make the experience more delight and meaningful. I choose white musk oil from Haruman Luqman.

harumanluqman4

Experiencing the difference in one or two days.

For those who are interested to go for some further reading, here are two interesting articles written by the practioners:

http://www.shen-nong.com/eng/exam/internal_sweaty_palms.html
http://nicholassieben.com/heartache-disappointment-depression-soothing-heart-pain-with-acupuncture/

After About A Bottle Usage : An Honest Review Of Aura Pengasih

AuraCenuai8

Honestly, after using about a bottle of this lovely-scented potion for a month, my Puella Aeterna* secretly wishing that I met this potion when I was still in secondary school. So that I enjoy more peaceful schooltime and adolescent era. And I can avoid the huge blunder that leads me to a wrong way for 20 years.

Somehow we can’t change what had happened, and I am still grateful for having some chances to use Aura Pengasih to assist me in self re-development process.

Here are some other unexpected good things that are happening during and after a month of using it :

1. My impulsive shopping tendency decreased. I am only buying things that I am really need. That is mean I can save more money for something important in the future.

2. Bad days still came in occasionally and so bad feelings, but my reactions to it had changed. I am just owning those feelings instead of being them. There are a huge gap between myself and bad feelings. By having the gap between it, bad feelings are easier to manage even though they are still runs deep.

This is happened not only to me, but were also reported by several users. Some of them simply losing their short-fuse tendency and be able to control their anger/angst as they keep using the potion.

3. I am gradually becoming less active in social media, in comparison to a month before. Not because I turned into anti-social person, but the tendency of getting addicted were decreased as time goes by. Now, I am responding or initiating when I felt really moved to do so, and that just happened occasionally. It leads me to believe that Aura Pengasih potion is possibly useful in addictions management. And maybe that is means a good hope for parents with children who are helplessly get hooked to gadgets and video games.

4. My inner scanning functions- Introverted Feelings (Fi) and Extraverted Intuitions (Ne) getting more alert and sharper. For an example, I started to avoid sounds and musics that are not in harmony with my body vibes. My body keeps telling me that musics that are too loud and too upbeat are bad for my health and well-being.  And I started to get more alert about toxic people/energy vampires !

5. Now, I am happily settle down into the place where I belongs to-Catalyst/Idealist temperament, as I more and more accepting of who I am. I started to see things from the past and present get connected and get clicked. A month before this, I was still confusing about the temperament of my core self.

Well, there are some other many good things happened too but I’d rather keep that private.

After about a bottle of Aura Pengasih potion, I can say that it is worth a try.

Glossary & Postscript :

*Puella Aeterna : http://typeindepth.com/terms-theory/#puer

Here are another post in Malay Language about my experience of using Aura Pengasih in the beginning of a month :

https://heningituindahblog.wordpress.com/2017/03/09/aura-pengasih-untuk-si-introvert-berjiwa-halus/

Mengapa Blog Suara JiwaHalus Cenderung Pada ‘Self-Discovery’ ?

MogkodouLetinganYansSinggoi

Kredit : Yans Singgoi

Mengapa blog Suara JiwaHalus kini cenderung memaparkan tulisan-tulisan yang menjurus ke arah self-discovery ? Berkongsi pengalaman peribadi yang mempunyai sesuatu yang menjurus ke arah menggerakkan sesuatu untuk mencari sesuatu di dalam diri… Tentang pengalaman melalui proses self-discovery. Hatta tulisan-tulisan tentang Gunung Kinabalu pun terselit hal-hal sedemikian rupa.

Persoalan ini mungkin pernah terdetik di hati rakan kenalan dan para pelawat yang sudi mampir ke laman blog ini. Mungkin kerana itulah hati penulis berasa terpanggil untuk menulis. Mudah-mudahan tulisan kali ini memberikan jawapan kepada apa yang pernah terdetik di hati…

Sebelum meneruskan kata-kata, biarlah video ini berbicara…

Versi komik online boleh diperolehi di sini :

http://buasirotak.blogspot.com/2016/03/adakah-kehidupan-ini-sebuah-perlumbaan.html

Sebelum ini, penulis tidak pernah membaca komik online ini mahupun menonton versi videonya. Baru kelmarin penulis menjumpainya.

Menonton video ini, teringat akan nasihat seseorang bahawa manusia tidak ada yang pandai atau bodoh. Cuma berbeza kepandaian, lambat atau cepat naik rezekinya. Setiap individu adalah unik, dan keunikan itu membolehkan kita menjalankan peranan sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini. Dan yang menyatukan identiti unik itu adalah hakikat bahawa kita semua adalah hamba Allah.

Dan nasihat itu menjadi sesuatu yang penulis pegang hingga ke hari ini.

Dalam masa yang sama, menonton video ini menghadirkan rasa sedih dan terkilan kerana teringatkan unsur-unsur inferiority complex yang terbenam jauh dalam memori silam. Dikotomi mental ‘pelajar pandai vs pelajar bodoh’, yang di balik tabirnya adalah mentaliti ‘hidup ini suatu persaingan dan perlumbaan’; masih menghantui kenangan yang dibina bersama dan dikenang-kenangkan kembali. Sejujurnya, penulis berasa sedih dan kurang selesa untuk dikenali dan diingati sebagai pelajar pandai di sekolah oleh mana-mana individu yang pernah bersama-sama penulis suatu ketika dahulu. Sedangkan diri yang dikenali dan diingati itu langsung tidak layak diperbandingkan dengan sesiapapun, kerana dia bukanlah diri sebenar penulis.

Dalam video yang sama, terdapat salah satu jawapan utama mengapa penulis sering tergerak untuk menulis sesuatu tentang self-discovery dan apa sahaja yang berkaitan dengannya. Sejujurnya berada dalam mentaliti perbandingan, permainan dan persaingan itu meletihkan bahkan merosakkan ikatan kemanusiaan.

Dan penulis terpanggil untuk menulis sesuatu tentang self-discovery sejak sekian lama, dalam bentuk perkongsian pengalaman peribadi kerana tidak mahu sesiapapun melalui pengalaman yang perit dan menguras tenaga hayat itu. Dan penulis ingin memberikan peluang kepada rakan-rakan dan kenalan bebas sepenuhnya dari mentaliti sedemikian rupa, menghargai keunikan peribadi yang menjadi anugerah Illahi. Seterusnya, melakukan proses reframing kepada semua kenangan yang dilalui bersama, sepertimana yang penulis berusaha lakukan…

Comparing

Berdasarkan pengalaman peribadi penulis, keputusan peperiksaan cemerlang di sekolah atau di mana-manapun bukanlah segala-galanya. Kadangkala keputusan cemerlang dalam peperiksaan pun boleh jadikan seseorang tambah hilang arah dalam misi hidupnya hingga sukar untuk mencari jalan pulang bila sudah terlencong jauh dalam bidang yang jauh menyimpang dari bakat semulajadi yang dianugerahkan Allah Taala.

Hanya selepas terasa sentap berabis akibat peristiwa besar dalam hidup kita- diberhentikan kerja, matinya orang tersayang, jatuh muflis, sepuluh tahun berlalu tapi masih tidak punya kerja tetap dan macam-macam lagi takdir Allah Taala yang berlaku ke atas kita, barulah kita sedar yang kita sudah terlencong jauh.

Lantas diri kita pun digerakkan untuk mencari kembali diri yang hilang agar kita mampu kembali meneruskan hidup. Dan dalam proses pencarian itu kita akan bertemu dengan bakat semulajadi yang kita ada dengan Izin Allah.

Itulah yang berlaku kepada penulis setelah arwah ayah kembali ke Rahmatullah. Penulis banyak tertarik kepada perkara-perkara yang ke arah pencarian diri sendiri, baik yang dari Timur mahupun Barat. Untuk tulisan kali ini, penulis akan menggunakan istilah oleh Dr. David Keirsey dan anak muridnya, Dr. Linda Berens kerana itulah yang penulis alami serta fahami. Dan ia mudah pula difahami oleh mereka yang bergiat dalam bidang bimbingan dan kaunseling.

Fairness

Dalam proses self-discovery yang turut melibatkan proses imbas-kembali, barulah penulis sedar penulis berada dalam kumpulan individu Catalyst/Idealist dan cenderung ke arah INFP. Sedangkan sistem pendidikan di sekolah dan institusi akademik lain begitu ketara membina pelajar untuk menjadi para Theorist/Rationalist atau para Stabiliser/Guardian. Pendidikan Vokasional pula untuk membina para Improviser/Artisan. Peranan Catalyst/Idealist menjadi begitu marginal kerana peluang kerja untuk mereka bekerja menggunakan bakat semulajadi dalam bidang industri sangat kecil. Malah dimomokkan dengan kata-kata, “ Seniman (majoritinya diisi Catalyst/Idealist) sering hidup melarat.” dan banyak macam lagi. Untuk teruskan hidup, individu Catalyst/Idealist seringkali cuba menjadi seseorang yang bukan dirinya sendiri. Melupakan diri yang sebenar dan membina persona atau diri yang palsu, agar dapat hidup dengan selesa (selesa yang sebenarnya tidak selesa), walaupun dalam keadaan tidak dapat memenangi perlumbaan/persaingan sekalipun. Maka penulis pun, memakai topeng Theorist/Rationalist semasa di sekolah dan institusi pengajian dan semasa di alam pekerjaan pula hidup memakai topeng Improviser/Artisan. Sedangkan ketika masih di sekolah lagi penulis mula tertarik kepada subjek atau topik yang memang menjadi makanan dan darah daging para Catalyst/Idealist.

Dan penulis belajar serta memahami bahawa menjadi orang lain itu membazir tenaga hayat, umur dan duit yang Allah pinjamkan. Bahkan membebankan kita dengan timbunan hutang yang tidak perlu.

Dalam proses yang sama juga, penulis belajar dan faham bahawa salah satu petanda kita berada dalam bidang yang menjadi lubuk rezeki dan memang bakat semulajadi kita adalah, kita sangat-sangat dipermudahkan untuk berada dalam bidang tersebut. Mudah, seperti ikan yang berenang dalam air kerana habitatnya di air. Atau burung yang terbang di udara kerana Allah jadikan ia untuk terbang. Tak payah pulun berhabis-habisan seolah-olah nyawa sudah tinggal separuh.

Dan salah satu petandanya lagi adalah hidup kita terasa lebih tenang dan tidak kosong kerana telah ada makna yang mengisinya.

Justeru, apabila kita melakukan pencarian diri kita sendiri dan menerima seadanya apa yang kita perolehi dari pencarian tersebut, kita akan hidup lebih tenang dan gembira kerana kita tidak lagi terbelit dalam kerangka mentaliti perbandingan dan persaingan/perlumbaan.

Dengan itu, mudah-mudahan perkongsian di laman blog Suara JiwaHalus ini dapat membantu sesama kita dalam mencari kembali haluan sebenar yang kesasar.

Nota : Untuk yang berminat untuk keluar dari perbandingan-persaingan dan mahu menghargai keunikan yang ada, terdapat dua buah ujian secara online yang boleh anda jawab dengan telus dan jujur. Sesuai untuk mereka yang mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Ujian dibuat berdasarkan modul yang dibangunkan oleh Dr. Linda Berens dan Dr. Dario Nardi.

1. http://www.keys2cognition.com/explore.htm
2. http://www.notjustapaycheck.com/careerstrength.html

Pada yang mahu menjawab, Selamat Maju Jaya penulis ucapkan.

Penjelasan untuk setiap istilah yang penulis gunakan boleh diperolehi di sini :

1. http://paei.wikidot.com/berens-linda-the-four-temperament-patterns
2. http://lindaberens.com/resources/methodology-articles/temperament-theory/

 

 

Extraverted Sensation : The Moment Of Truth

GuntingLagadahHutTrail

Immediately recognized this as the wooden stairway from Laban Rata to Gunting Lagadan Hut. I was here in March 1998. It is easy to appreciate the physical beauty along this way, somehow something quickly took over the joy and my mind started to dwell into other ideas rather than fully enjoying the beauty I met in present moment. Lack of in-the-moment focus made me missing the bird that was located on the tree until the mountain guide or someone else points it out.

Credit : Refflisia Putih

In the previous post of my journey chronicles in embracing INFP as my best-fit type, I have mentioned that Introverted Sensation ( Si ) is the cognitive function that surprisingly lead me to my findings.

Now it’s the time to reveal another Jungian cognitive functions that confirms INFP as my best type.

It is Extraverted Sensation ( Se ), the opposite of Si.

Heidi Pribe of Thought Catalog describing Se in an easy way to understand :

“ Extroverted sensing is focused on taking in the world as it exists in the present moment. It is highly in tune with the sights, smells, sounds and general physical stimulus that surrounds it. Extroverted sensing lives and thrives in the moment, more so than any other function.”

http://thoughtcatalog.com/heidi-priebe/2015/06/if-youre-confused-about-your-myers-briggs-personality-type-read-this-an-intro-to-cognitive-functions/

In individual with INFP as their best type, Extraverted Sensation ( Se ) is located in the bottom 4 functions. It is located at the 7th position. Dr. John Beebe named and associating this position with an archetype named The Trickster.

Reynard-the-fox

There’re many version of trickster archetype in fictional stories are available to choose from. Somehow I prefer Reynard The Fox to be portrayed inside my post.

Here are an explaination from Eric B explaining about The Trickster from his website. Somehow, it gives me a dizziness bout just for digesting the meaning. However I am still putting it right here for some good reasons that are still unknown to myself.

“ Emotions connected with that of a bad child; either dealing with one, playing tricks and binding the ego, or then being one to get back at or rebel against the threat, will often come through the perspective. Where the Puer tells us what we want to hear, the Trickster tells us what we don’t want to hear! We feel “bound”, and then, in a rebellious fashion, try to turn the tables by using it for deceiving, double-binding, trapping others.”

http://www.erictb.info/archetypes.html

Giving you a dizziness to understand it, don’t you ?

To make it simple, The Trickster fools you to take something and perceive it as something else. And always influencing you in making rebellious children-like rushing decisions that not deserved to be taken seriously and you will regret later on if you follow it. Somehow, it is also brings a sense of humour. In the healthier manner, you can point out how or why someone or something is logically silly or appear like silly. On the other hand, on the social or professional settings, people can also use The Trickster to trip you as well or vice versa.

For INFP-preference individuals, that is means their experience with Se is getting distracted easily when having real-time, in the moment sensory experience. Either their mind wandering into the past or the future, while their physical body still staying in the moment presence. Or external stimulations is the main source that distracts their focus on something. Or always missing the details unless struggling to stay in focus while working on something that needs attention to details. Or maybe a strong tendency of experiencing pareidolia as a enjoyable way of laughing at themselves.

In my case, Se as The Trickster manifested in several ways. For example :

1. My trip to Mount Kinabalu in 1998 is one of the many moments that helped me to recognized how The Trickster manifests itself. How many times it was appeared as the distractions along my hiking journey. Still able to enjoy the beauty of nature but the focus was quickly get diverted into thoughts, nostalgias or day-dreamings. I missed to witness the existence of the near-dry Carson Falls, honestly, in that process. Or simply missed the sacrificing pool near St John’ Peak during the summit attack phase.

Somehow, at that moment Mount Kinabalu also under the influence of the worst El Nino phenomenon in Malaysian history, and most of the iconic plants and herbs were died, and I don’t mind of not seeing them all along the trail.

2. Ops, I used to have a laughable dressing/fashion sense. Many times I wore something that not flatter myself. I was appeared too old, too short or fat. Or appeared silly or boring. Or appeared meek and weak.

One of the factors I failed to win job interviews in the past is because my dressing sense was not impressing or appealing to the interviewers at all. I thought that by dressing like this and like that, I appeared as strong and as powerful job candidate. Somehow, in reality it was not. When I look back at those experience, yes they are simply laughable. I have no choice but to listen to the person who knows better about the style and colours that are in harmony to my natural appearance but not violating Muslims’ dressing code at the same time.

3. Having issue with proof-reading my own writing. Honestly I have to re-edit my blog posts or Facebook status or Facebook responses again and again, several times after straight away posting it online, because I tend to miss many typos and errors. I thought I have seen them all, but when I re-read my own posts online, I’m usually found typos or grammatical errors in it.

4. External stimuli is the main source of distraction when I’m going into creative process of writing something. From my own past experience, I can’t resist the external distractions when I went inside my inner world to get ideas and inspirations. When the distraction sources brought me out to the external world, my creative process got interrupted. Original ideas may either no longer staying just as it is or simply gone for good, when I returned again to the inner world of creativity. As a result, it leads to procrastinations or suspensions of working on creative writing material. Somehow, I am still okay with it most of the time because the new idea that came later on usually getting better than the original one.

5. Honestly I know that my Se is fooling around at me when I misidentified these images as something else at the first glance and it made me smiling or giggling at myself.

catandorangeegglike

Unless I’m looking closely and meticulously at this picture, I’ll always perceive the sleeping cat and the orange as a fried egg !

Credit : metro.co.uk

faceclock

A confused face looking at me. Seriously hillarious alarm clock.

Credit : themarysue.com

FrogInCafeLatte

Froth or Frog ? I see a frog having a glance at me, honestly and almost forgetting that this is just a cup of cappucino…

Credit : likecool.com

By sharing this, hopefully I can help someone to understand how Se works as The Trickster.

Note : Dr Linda Berens from Linda Berens Institute give another view upon Beebe’s model. I understands Beebe’s model even better with her point of view, even though the model example that was used in the article below is INFJ-preference.

http://www.infj.com/BerensOnBeebe.htmhttp://www.infj.com/BerensOnBeebe.htm

Aura Pengasih Untuk Si Introvert Berjiwa Halus

AuraCenuai6

Sungguhpun peristiwa burnout yang menimpa penulis beberapa tahun dahulu amat menyakitkan hingga penulis tidak bermaya luar dan dalam jadinya, ia tetap ada hikmahnya yang tersendiri…

Penulis mula mempelajari sesuatu tentang diri penulis sendiri lalu berusaha mencari solusinya.

Perkara utama yang penulis sedari adalah : Asal sahaja selesai menulis kerja-kerja menulis, penulis lebih mudah jatuh sakit dan memerlukan tempoh rehat yang lama. Hal tersebut menganggu proses kreatif dan daya produktiviti dalam berkarya.

Proses kreatif dan kerja-kerja menulis menggunakan banyak tenaga dalaman, dalam keadaan tersebut aura tenaga tubuh boleh terkuras seumpama bateri yang kian kehabisan sumber tenaga elektrik.

Berdasarkan pengalaman yang lalu, perkara tersebut menjejaskan sistem ketahanan badan penulis sendiri.

Dalam keadaan seperti itu, diri mana-mana individu yang mengalami keadaan tersebut berisiko tinggi untuk mendapat gangguan spiritual.

Selepas membuat ujian Highly Sensitive Person ( baca : HSP ) oleh Dr. Elaine Aron, penulis juga menyedari yang diri penulis juga tergolong dalam individu HSP. Seperkara yang dialami oleh individu HSP adalah sistem sarafnya mengalami introvert/sensory overload apabila mengalami rangsangan lampau dari persekitaran.

Sejak menyedari hal tersebut, penulis berjinak-jinak dengan kaedah mandi aura/mandi bunga yang ternyata berjaya memulihkan kesegaran tubuh dengan izin Allah jua.

Pelbagai cara dan produk mandi aura telah dicuba untuk mengekalkan tenaga dalaman.

Namun, disebabkan tugasan penulisan yang kian berat dan mencabar sejak akhir-akhir ini, penulis menggunakan produk Aura Pengasih yang kian mendapat tempat di kalangan warga laman sosial kebelakangan ini. Dan hasil penulisan ini dirumuskan berdasarkan penggunaan produk ini selama 7 hari berturut-turut dengan 2 kali mandian pada setiap hari.

crocuses-in-the-rain-2090525_1280

Berikut pengalaman penulis memakai produk Aura Pengasih :

Hari Pertama : Sakit kepala. Menurut Cikpuan Ikin-wakil jualan produk yang berurusan dengan penulis, ini dikatakan tindak balas yang biasa apabila tubuh sedang berkerja membuang energi negatif. Apa yang penulis fahami, energi negatif ini mungkin datang dari dalam diri sendiri mahupun diserap dari individu beraura negatif di sekeliling kita. Atau mungkin tubuh penulis sedang membuang kesan serangan psikik yang berlaku tanpa disedari.

Hari Kedua : Sakit kepala berkurangan.

Hari Ketiga : Tubuh rasa lebih segar. Rasa mengantuk dan letih pada waktu siang yang sering menimpa penulis sebelum ini semakin hilang. Mood bagai roller-coaster juga semakin berkurangan. Keadaan introvert/sensory overload yang terjadi sebelumnya juga berkurangan.

Hari Ketujuh : Tubuh berasa sihat dan kuat. Banyak hal-hal positif terjadi di sekeliling penulis dan penulis lebih bersemangat untuk berkarya di blog.

Hari Ke-13 : Aktiviti outing di bandar. Keadaan introvert/sensory overload akibat berada di tempat ramai orang semakin berkurangan. Seperti berada dalam protection bubble yang kalis serangan psikik. Sakit kepala akibat introvert overload semakin berkurangan. Lazimnya penulis pulang ke rumah dalam keadaan letih setiap kali pulang dari aktiviti outing, namun kali ini rasa letih tidak terasa sama sekali.

Untuk mendapat kesan sebegini, penulis menambah air sejuk berais atau ketulan ais ke dalam air mandian yang dicampur dengan 7 titik Aura Pengasih bermula pada hari keempat. Namun, hanya individu yang tidak bermasalah apabila mandi air sejuk sahaja disarankan mengikuti petua ini.

Selepas mendapat keputusan sebegini, penulis menyarankan penggunaan Aura Pengasih bagi individu HSP atau introvert untuk mengurangkan gejala-gejala yang timbul akibat rangsangan lampau.

Bacaan tambahan :

1. http://wabillahagro.blogspot.my/2016/05/rahsia-air-sejuk-dan-ais.html
2. https://en.wikipedia.org/wiki/Sensory_processing_sensitivity
3. http://borneobulletin.com.bn/highly-sensitive-people-struggle-with-sensory-overload/
4. https://themighty.com/2016/02/people-explain-what-sensory-overload-feels-like/
5. http://hsperson.com/test/highly-sensitive-test/
6. http://highlysensitivethoughts.com/2014/05/05/uncategorized/highly-sensitive-people-do-you-believe-in-alternative-healing-practices/
8. http://redefiningquiet.com/how-essential-oils-can-help-highly-sensitive-people/
9. http://art-healing-science.com/2014/11/12/natural-support-for-hsps-highly-sensitive-persons/
10. https://introvertdear.com/news/yes-there-is-such-a-thing-as-an-introvert-hangover/

INFP And Loving Rain

LoveRain2

Honestly I want to write about this since 2015, somehow things not really falling into places when I started to write it. And so all the ideas still stays inside my heart and mind.

Suddenly this year, I have a hunch to write about INFP and loving-rain tendency again after reading an article written by Marko, an INFJ and a columnist in Introvert Spring website. I think fellow INFPs also want something similar but related to us for an enjoyable self-discovery reading, just like that INFJ-related article. So I’m willing to share my personal experience about loving rain.

Disclaimer : This is maybe not true to some INFPs, just a kind of sharing my personal experiences so that I can help the others to find their true type.

In my context, petrichor or the special fragrance that released by the soil during the first rainfall is the main reason I love rain. That special fresh fragrance penetrating my smelling sense, and few moments later I felt oddly disconnected from the reality. Travelling from here and now reality to another time-space named the beautiful past. I feel like I am that carefree little girl again, who enjoyed the freshness and the coolness of the surrounding air beside Persiaran Traulsen* after enduring an uncomfortably hot and humid mid-day. The sky was grey in colour and a bit darker than before, but to her it was always does not mean sadness and tragic. That little girl has learned from the previous rainy day experience, how is romantic and blithe looks like before learning and knowing the meaning of that two words, and connecting it with her personal experiences. By being her once more, I am forgetting the stressful things that made me feeling overwhelmed and overstimulated, so immersed in the joy as long as I can before being jolted to entire body when someone touching my shoulder or calling my name.

Rainfall

The smell of rainfall not only awakening the beautiful memories of enjoying rainfalls in my childhood but also rainfall-related beautiful memories happened in some other time in my past.

In Jungian 8-Cognitive Functions model concept, it is my Introverted Sensing (Si) function that was in action at that time. The sensory experience ( the smell of the rainfalls ) brought back emotional memories of the past that are filtered through the simple mind and heart of a child, as Ken Cerney have explained in his blog post.

Rainfall is not only a moment when I am immersed in the nostalgia of the past, but another essential clue that leads me to embrace INFP as my best-fit Jungian Type.

* Persiaran Traulsen- A famous esplanade in Tawau Town, Sabah.

https://foursquare.com/v/persiaran-traulsen/4d7f357a3e50b1f79d45d8d3

Ada Apa Dengan Orang Timah ?

tinmanofoz

Kredit : Pinterest 

Buku ‘Jalan Ke Bandar Zamrud’ dari Ladybird Books merupakan buku cerita pertama yang arwah bapa penulis belikan sewaktu kami pertama kali mengunjungi bangunan baharu Quong Ming Bookstore pada sekitar tahun 1987. Buku ini sebenarnya diterjemahkan ke Bahasa Melayu dari versi asalnya yang berjudul The Wizard Of Oz yang dikeluarkan oleh penerbit yang sama.

Antara banyak-banyak koleksi buku yang ada di Quong Ming Bookstore, buku ini menjadi pilihan hati.

wizardofozladybirdbook

Buku versi asal dijual di kedai buku atas talian.

Pada waktu itu penulis hanya mampu merasai keseronokan menghayati perjalanan Dorothy bersama tiga rakan yang ditemui di sepanjang perjalanan untuk mencari ahli silap mata di Bandar Zamrud alias Kota Oz demi menyelesaikan dilema yang mereka hadapi. Penulis masih tidak tahu akan adanya makna simbolik atau makna tersirat di sebalik kewujudan empat watak utama dalam cerita ini.

Lebih kurang 28 tahun berlalu, barulah penulis mengetahui makna tersirat di sebalik cerita kanak-kanak yang begitu ringkas tapi menghiburkan ini. Apabila mula berjinak-jinak dengan konsep kendiri dan ilmu pengetahuan tentang perwatakan manusia, penulis menyedari bahawa pembelian buku tersebut bukan lagi kebetulan tapi suatu suratan yang telah ditentukan untuk menyediakan diri mempelajari sesuatu yang berharga di masa akan datang.

Empat watak utama cerita ini- Dorothy, Singa Penakut, Orang Jerami dan Orang Timah- dikatakan mewakili 4 jenis watak manusia yang paling asas yang telah diperkenalkan oleh Hippocrates pada 400 tahun sebelum Masehi. Dalam Bahasa Inggeris ia dikenali sebagai The 4 Temperaments dan mempunyai 4 istilah- Sanguine, Phelgmatic, Choleric dan Melancholic.

The 4 Temperaments adalah asas kepada ilmu pengkajian watak manusia di dunia Barat. Bahkan ia masih dipakai oleh sebahagian dari pakar psikologi pada zaman ini. Yang paling terkenal adalah Dr. David Keirsey dan anak muridnya Dr. Linda Berens. Dr David Keirsey mengguna-pakai The 4 Temparaments namun menggunakan istilah Artisan, Guardian, Rational dan Idealist. Dr. Linda Berens yang mengarang buku Understanding Yourself and Others: An Introduction to the 4 Temperaments, juga menggunakan sistem kuno ini untuk mengkelaskan watak manusia dan menggunakan istilah Improviser, Catalyst, Theorist dan Stabilizer. Untuk yang selanjutnya, penulis akan menggunakan istilah dari Dr Linda Berens.

Kembali kepada cerita Jalan Ke Bandar Zamrud, empat watak dalam cerita ini dikatakan mewakili 4 watak manusia yang bergelut dengan kepincangan dalaman diri mereka. Mereka berasa tidak dapat berfungsi dalam masyarakat akibat kepincangan tersebut lalu mengembara untuk mencari kembali diri mereka yang sebenar demi mengatasi kepincangan yang mereka alami. Dorothy dikatakan mewakili manusia dalam kategori Stabiliser yang hilang rasa percaya, selamat dan kestabilan akibat institusi keluarga atau masyarakat yang musnah ( simboliknya terletak pada rumah keluarganya yang musnah akibat puting beliung dan terpisahnya Dorothy dari keluarganya dengan jarak yang sebegitu jauh selepas puting beliung menerbangkan dia dan anjing kecilnya, Toto yang sedang berada di dalam rumah ). Manakala Singa Penakut yang ketiadaan rasa berani dikatakan mewakili kategori Improviser yang hilang keberanian untuk bertindak dengan tindakan yang bermanfaat bagi diri mereka dan orang lain. Orang Jerami yang tiada otak pula pula mewakili golongan Theorist yang hilang daya intelek untuk memberi idea-idea bernas berupa teori-teori yang boleh menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dirinya dan masyarakat.

Dan ada apa dengan Orang Timah ?

can-170837_1280

Jawapan kepada soalan ini menjadi titik fokus tulisan hari ini, kerana ia sesuatu yang berkaitan dengan individu INFP sekaligus diri penulis sendiri serta beberapa individu di persekitaran penulis. Kerana Dr David Keirsey dan Dr Linda Berens telah memasukkan INFP dalam kategori Catalyst.

Untuk mengetahui makna simbolik yang dibawa oleh Orang Timah, kita perlu mengetahui peranan semulajadi yang dimainkan oleh kategori Catalyst dalam masyarakat dan apa yang menjadi penghalang kepada mereka untuk memainkan peranan tersebut.

Bakat utama individu dalam kumpulan Catalyst adalah pada pembangunan insan atau ‘memanusiakan manusia’. Mereka membantu individu yang lain mencari identiti diri dan misi hidup masing-masing dengan memulakan sendiri misi pencarian diri mereka sendiri, dan kejayaan mereka dalam misi pencarian tersebut menjadi sumber inspirasi kepada orang lain untuk membangunkan diri sendiri dan memenuhi potensi diri yang ada sejak azali. Kekuatan mereka terletak pada intuisi dan emosi.

Mereka cenderung kepada keharmonian dalam hubungan sesama manusia dan mereka manusia yang mahu mengerti orang-orang yang berada di sekitarnya. Mereka telus dan jujur serta bencikan kepura-puraan. Mereka juga bukan individu materialistik. Mereka lebih mementingkan hal-hal yang bersifat maknawi berbanding yang bersifat materi mahupun harfiah. Bahasa yang mereka gunakan dihiasi dengan unsur-unsur perlambangan yang perlukan pentakwilan dan mereka juga suka mentakwil simbol-simbol dan makna di sekeliling mereka demi memperolehi pemahaman dan pengertian.

Individu dalam kumpulan Catalyst sangat terganggu dengan konflik dalam perhubungan dan sesuatu yang mendera emosi mereka.

Jika anda memperhatikan Orang Timah dengan teliti, anda mungkin dapat melihat yang tubuh Orang Timah ini terbina dari logam yang lebih keras dan kebal, bukannya gabungan tulang, kulit dan otot yang mudah luka bila ditusuk benda tajam.

Apa maknanya itu ?

Orang Timah adalah perlambangan kepada individu dari kumpulan Catalyst yang pincang dalaman. Orang Timah mencari Ahli Silap Mata Bandar Zamrud kerana mahukan hatinya dikembalikan semula.

Apabila individu dalam kumpulan Catalyst terluka hatinya ( baca : emosi ), mereka membina tembok sempadan antara diri mereka dengan orang lain demi mengelakkan hatinya dari terus terluka. Namun tembok yang sama juga menghalang mereka untuk mengasihi dan dikasihi- keperluan emosi yang mereka amat perlukan.

Bila keperluan emosi mereka tidak terpenuhkan, perkembangan potensi dan sumbangan bakat semulajadi mereka kepada masyarakat juga terbantut. Segala rajuk, luka lara, hampa kecewa dan pelbagai lagi berpadu menjadi kebencian dan dendam kesumat yang meracun hati. Akhirnya, jauh di dalam mereka pun mati walaupun kelihatan masih hidup di mata orang.

Penulis menyedari sesuatu dan mempelajari sesuatu. Jangan pernah takut untuk terluka atau kecewa, tetapi orang yang bijaksana tidak akan dipatuk dua kali dari lubang yang sama.

Sesungguhnya selepas 28 tahun berlalu, baru penulis menyedari bahawa pembelian buku ‘Jalan Ke Bandar Zamrud’ pada waktu itu ternyata suatu suratan yang telah tertulis untuk menyediakan penulis mempelajari sesuatu yang bermakna di hari muka. Di dunia ini, sebenarnya tiada satupun yang terjadi secara kebetulan.

Bacaan Lanjut :

1. http://www.infj.com/The_Tin_Man.htm
2. http://www.infj.com/INFJ_Temperament.htm
3. http://goodlifezen.com/what-is-your-temperament/
4.https://www.psychologytoday.com/blog/mindful-musings/201611/3-reasons-let-yourself-feel-your-emotions