Tag Archives: Perisian Sumber Terbuka

Persediaan Menghadapi Sebuah Perpisahan…

screenshotwindowsterkini

Screenshot terkini sistem Windows 7 di komputer riba penulis.

Kini, telah jelas pilihan yang perlu dipilih untuk menyelesaikan dilema yang menimpa penulis.

Dilema apa ?

Bagi yang baru sahaja membaca dan mula mengikuti catatan blog Suara JiwaHalus dari catatan ini, ikuti rentetannya bermula dari :

https://heningituindahblog.wordpress.com/2017/01/14/tahun-2017-dan-dilema-seorang-pengguna-os-gnulinux/

Sudah beberapa bulan penulis tidak menggunakan Windows 7 setelah merasa serasi dengan . Demi memenuhi tugasan untuk seorang junior di SMK Kuhara dahulu, penulis kembali sekejap ke kawasan Windows di komputer riba semata-mata untuk menonton video Facebook yang tidak dapat dimainkan di sistem GNU/Linux.

Video tersebut dapat ditonton dengan baiknya. Tetapi penulis sudah mula merindukan kepantasan dan kecekapan Linux Lite yang mirip MacOsX. Namun April 2017 akan tiba tidak lama lagi dan itu bermakna Linux Lite 1.0.6 ( Ubuntu 12.04 ) yang ada di komputer sudah hampir-hampir mencapai waktu luputnya. Pilihan yang ada dan jelas buat masa ini adalah kembali semula ke Windows 7.

Untuk menyediakan diri menghadapi tempoh itu, penulis mula menukar gambar wallpaper kepada tema Akinabalu sama seperti yang ada di kawasan Linux Lite.

Namun segalanya tetap canggung dan asing sejak hampir setahun lalu. Dan di sistem Windows, skrin komputer riba sering berubah-ubah kecerahan dan kontras warnanya menyebabkan konsentrasi penulis terganggu. Bagaimanalah agaknya menyunting gambar atau membuat rekaan grafik dalam situasi kurang selesa seperti itu ?

Perisian juga lambat proses loadingnya. Terhimbau kembali memori lama yang membimbangkan-Penulis menunggu begitu lama untuk perisian Microsoft Word loading dan boleh digunakan. Ketelatan itu juga telah menganggu konsentrasi, aliran kreativiti dan produktiviti penulis dalam berkarya. Tenaga yang disimpan untuk berkarya lari begitu banyak ke arah rasa tertekan, dek rencamnya emosi yang terganggu gara-gara ketelatan tersebut. Sejak berpindah ke GNU/Linux dan menggunakan alternatif LibreOffice, semua itu tiada hal. Dan kalau adapun tak terasa. Penulis mula merasai seronoknya berkarya. Kalau sewaktu menggunakan Windows dahulu, penulis mudah down dan sukar mengembalikan tenaga serta rentak selepas memblog atau menulis karya untuk media cetak. Begitu liat dan malas untuk mengemaskini laman blog sendiri. Sampai berminggu-minggu atau berbulan barulah ada satu blog post yang baharu. Kini, dengan beralih ke GNU/Linux penulis bersemangat untuk menulis dan terus menulis blog. Dalam seminggu, sekurang-kurangnya ada satu blog post. Dan penulis mula menyedari, karya-karya yang bertenaga serta menyentuh diri khalayak yang membaca sebenarnya telah dilahirkan di OS GNU/Linux kerana kepantasan dan kecekapan OS ini telah melancarkan lagi proses komunikasi antara penulis dengan khalayak.

southpeakwallpaper

Screenshot Wallpaper yang sama di Linux Lite 1.0.6

Sejak menggunakan OS GNU/Linux, kuota internet juga lebih lambat habis. Mengapa ? Jawapannya ada pada cara satu-satu OS mengemaskini sistemnya dan kemaskini sistem membabitkan penggunaan internet. OS GNU/Linux dikemaskini secara manual melalui Unix Terminal atau pintasan ‘Install Updates’ sedangkan OS Windows dikemaskini secara automatik by default. Hal itu menyebabkan penulis boleh menjimatkan kuota internet untuk memuat naik atau memuat turun sesuatu.

Untuk detik perpisahan-perkembalian yang bakal tiba, penulis sudah menukar cara Windows mengemaskini sistem dari by default set kepada manual updates.

Banyak lagi langkah-langkah yang perlu diambil agar tempoh peralihan itu lebih lancar dan selesa.

Walaupun sudah mengambil langkah-langkah persediaan sebaik mungkin, hati penulis masih amat sayu dan berat menghadapi detik perpisahan dengan GNU/Linux. Dapatkah penulis menyesuaikan diri dengan secepatnya ?

Membina GNU/Linux Workstation Anda Sendiri…

Catatan kali ini ditulis khusus untuk mereka yang berminat untuk memasang sendiri GNU/Linux ( pengkhususan : distro Ubuntu ) sebagai sistem pengoperasian ( baca : OS ) di komputer atau laptop masing-masing. Dan juga sebagai pengenalan/mukadimah untuk tips-tips bersiri yang menyusul selepas ini.

Sudah agak lama penulis tidak menulis berkenaan OS GNU/Linux sebenarnya. Sungguhpun penulis bukanlah individu yang betul-betul berpengalaman mengendalikan sistem ini, penulis gagahkan menulis jua kerana segala-gala tentang blog ini sejak April tahun ini- dari proses menaip,rekabentuk grafik imej-imej hinggalah ke proses memuat naik hasil kerja- beroperasi dari sebuah laptop yang OS utamanya adalah OS GNU/Linux. Mudah-mudahan berkat tulisan-tulisan sebegini, semakin ramai orang akan memilih menggunakan perisian sumber terbuka sebagai alternatif kepada perisian cetak rompak.

sunrisekinabalu

Skrin hadapan komputer riba yang menjadi stesen kerja blog Suara JiwaHalus. Diubahsuai dari desktop XFCE asal yang ada dengan beberapa perubahan serta pemasangan ciri-ciri tambahan agar lebih mirip dengan Mac OSX.

Secara ringkas, inilah senarai perisian yang banyak membantu dalam proses siaran tulisan-tulisan yang Tuan-Tuan dan Puan-Puan baca selama ini :

Sistem Operasi (OS)

Linux Lite 1.0.6 ‘Amethyst’ ( Berasaskan Ubuntu Precise Pangolin 12.04 )

linuxlite_case_badge_new

linuxlitescreenshot

Rupabentuk skrin asal Linux Lite 1.0.6 ‘Amethyst’

Kredit : Linux Lite Forum

Perisian Ultiliti

Menaip teks : LibreOffice 5.0

Proses RekaGrafik & Suntingan Gambar:

1. GIMP 2.8
2. Inkscape
3. Paint.NET 3.5.11 ( Dengan sandaran kepada perisian PlayOnLinux dan WINE )
4. RawTherapee
5. XNRetro
6. XNConvert

Pelayar Internet

Opera 39.0.2256.48

Empat Tahun Sudah Berlalu…

Dua hari yang lepas, terjumpa kembali artikel rencana akhbar ini dalam timbunan barang-barang peribadi yang akan dilupuskan. Bukan hanya artikel ini, tapi semuka surat khabar di mana artikel ini diletakkan !

gnupaperarticleforblog

Dipetik dari ruangan Rencana di Harian Ekspress, Sabtu 15 September 2012

Ingatan saya kembali ke tahun 2012. Pada mulanya memang saya tidak mengambil berat sangat akan rencana ini, kerana ada rencana lain yang lebih menarik perhatian-untuk disimpan jadi bahan rencah penulisan kreatif katakan. Baca sekali lalu sahaja terus lupa semua. Tidak sangka pula, minda bawah sedar saya merakam apa yang telah dibaca dan apa yang disimpannya telah membuka jalan kepada pilihan yang saya buat sendiri pada April tahun ini dengan sepenuh kerelaan.

Pada tahun 2012, saya masih berkarya menggunakan komputer yang beroperasi dengan sistem Windows 7. Perisian pemprosesan perkataan yang digunakan untuk menelurkan karya-karya sudah pastilah si glamour Microsoft Word 2010. Dan saya masih terperangkap dalam kerangka hati dan fikiran yang tidak menguntungkan !

sunrisekinabalu

Kemas Kini 09 November 2016 : Screenshot Linux Lite yang dipasang pada komputer riba Tuan Tanah.

Namun semua itu berubah pada April 2016, apabila saya memilih sistem GNU/Linux ( Ubuntu ) sebagai sistem pengoperasian komputer utama dan LibreOffice sebagai perisian pemprosesan perkataan. Dan kebebasan serta keterbukaan sistem alternatif ini menjadi pemangkin untuk saya berani keluar dari jurang dalam dan gelap tempat saya terperangkap selama ini pula.

Alhamdulillah, tiada penyesalan sama sekali !