Catatan kali ini ditulis khusus untuk mereka yang berminat untuk memasang sendiri GNU/Linux ( pengkhususan : distro Ubuntu ) sebagai sistem pengoperasian ( baca : OS ) di komputer atau laptop masing-masing. Dan juga sebagai pengenalan/mukadimah untuk tips-tips bersiri yang menyusul selepas ini.
Sudah agak lama penulis tidak menulis berkenaan OS GNU/Linux sebenarnya. Sungguhpun penulis bukanlah individu yang betul-betul berpengalaman mengendalikan sistem ini, penulis gagahkan menulis jua kerana segala-gala tentang blog ini sejak April tahun ini- dari proses menaip,rekabentuk grafik imej-imej hinggalah ke proses memuat naik hasil kerja- beroperasi dari sebuah laptop yang OS utamanya adalah OS GNU/Linux. Mudah-mudahan berkat tulisan-tulisan sebegini, semakin ramai orang akan memilih menggunakan perisian sumber terbuka sebagai alternatif kepada perisian cetak rompak.
Skrin hadapan komputer riba yang menjadi stesen kerja blog Suara JiwaHalus. Diubahsuai dari desktop XFCE asal yang ada dengan beberapa perubahan serta pemasangan ciri-ciri tambahan agar lebih mirip dengan Mac OSX.
Secara ringkas, inilah senarai perisian yang banyak membantu dalam proses siaran tulisan-tulisan yang Tuan-Tuan dan Puan-Puan baca selama ini :
Sistem Operasi (OS)
Linux Lite 1.0.6 ‘Amethyst’ ( Berasaskan Ubuntu Precise Pangolin 12.04 )
Rupabentuk skrin asal Linux Lite 1.0.6 ‘Amethyst’
Kredit : Linux Lite Forum
Perisian Ultiliti
Menaip teks : LibreOffice 5.0
Proses RekaGrafik & Suntingan Gambar:
1. GIMP 2.8
2. Inkscape
3. Paint.NET 3.5.11 ( Dengan sandaran kepada perisian PlayOnLinux dan WINE )
4. RawTherapee
5. XNRetro
6. XNConvert
Pelayar Internet
Opera 39.0.2256.48