Di Sebalik Tabir…

 

 fotosketcher-nailofar

 

Setelah lebih setahun bersiaran di alam maya, maka tabir pun dibuka untuk mendedahkan serba sedikit tentang Hamba Allah yang berada di sebalik tabir dan mengarang tulisan-tulisan di dalam blog Suara JiwaHalus.

Dia hanyalah seorang manusia biasa yang sedang menjalani proses ‘restart & downgrade transformation’ – dari seorang yang pernah berkecimpung dalam dunia penulisan kreatif menjadi seorang penulis jalanan tak bernama. Blog Suara JiwaHalus diwujudkan untuk mengongsikan pengalaman sepanjang kembara hidupnya sejak dahulu dan kini di samping terus mengekalkan kemahiran menulis yang masih bersisa.

adidaskampung2

Sungguhpun Murah, Jangan Dipandang Sebelah Mata : Sepasang Adidas Kampung. Sekadar Gambar Penghias Laman.

Kredit : Blog Riang Ria LZS

Ada penulis yang senang menjadikan buku-buku sebagai guru yang kedua selain berguru dengan pengarang yang dikaguminya. Ada pula penulis yang lebih senang menjadikan/menganggap alam semulajadi sebagai guru keduanya. Kecenderungannya ke arah falsafah berasal dari adat Minangkabau- ‘Alam terkembang menjadi guru’ menjadi sebab dia tergolong dalam penulis jenis yang kedua. Selain guru yang berupa insan-insan yang pernah menyentuh jiwa dan hatinya; Gunung Kinabalu- yang menjadi tiang seri negeri kelahirannya, merupakan guru keduanya yang terdekat.

Tidak banyak perkara yang dapat dikongsikannya di ruang terbuka ini. Yang berminat untuk berkawan dan bersahabat mahupun berminat untuk mendapatkan perkhidmatan menulis artikel ( atau apa-apa sahaja ) boleh sahaja menghubunginya di suarajiwahalus at gmail dot com.

Advertisements