Aliran Kerja Yang Berubah

desktop 1_009.png

Screenshot Bagi Perisian Pinta ( Sebuah Perisian Grafik Mudah Yang Diilhamkan dari Perisian Paint.NET )

Apabila komputer riba HP-Compaq CQ62 dengan keupayaan dual-boot Lubuntu 16.04 dan Windows 7 mempunyai masalah damage beyond repair dan yang tinggal hanyalah sebuah netbook lama dari tahun 2012 yang beroperasi dengan 100% sistem GNU/Linux, maka tiada lagi sistem Windows dan perisian Paint.NET untuk digunakan bagi membuat kerja-kerja senireka grafik seperti penyuntingan gambar mahupun melukis imej grafik.

Kesannya, aliran kerja perlu diubah dan penulis belajar menyesuaikan diri dengan aliran kerja yang baharu – melalui proses cuba-jaya dengan fungsi-fungsi yang terdapat pada perisian grafik yang baharu.

Tidak mudah untuk berbuat demikian, kerana Paint.NET menjadi perisian grafik kegemaran penulis selama hampir 4 tahun dan penulis berasa amat serasi dengannya. Dan perisian Paint.NET hanya boleh dipasang di Sistem Windows. Untuk memasangnya di sistem GNU/Linux, perisian sokongan seperti WINE dan Play On Linux diperlukan. Lebih malang lagi, apabila Paint.NET 3.5.11 tidak lagi dapat digunakan di sistem GNU/Linux apabila perisian Play On Linux telah dinaiktaraf dan sejak itu Paint.NET 3.5.11 tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya.

Itu menjadi cabaran yang perlu diatasi sebaiknya, apabila peta Flemish Shortcut perlu dilukis semula setelah mendapat maklumat pembetulan dari David Nijssen dalam tahun ini. Fail imej grafik asal yang mengandungi lapisan-lapisan lakaran peta tersebut mempunyai format .pdn, yang hanya boleh dibuka dan disimpan suntingannya dalam perisian Paint.NET.

Setiap cabaran yang datang pasti ada berserta penyelesaiannya. Langkah pertama adalah dengan memasang perisian grafik yang boleh membuka semula fail dalam format .pdn dan menukarkannya kepada sekurang-kurangnya sebuah fail imej grafik dalam format Open Raster Format ( .ora ). Format Open Raster Format ini membolehkan fail imej grafik tadi dibuka dan disunting dalam perisian grafik seperti GIMP, Krita atau Pinta.

desktop 1_010.png

Screenshot Bagi Perisian GIMP dari versi Lubuntu 16.04.03. Perisian GIMP pernah dan sering mendapat jolokan ‘Photoshop Bagi Sistem GNU/Linux‘. Terdapat dalam versi untuk GNU/Linux, Windows dan Mac.

Pinta menjadi perisian pertama yang perlu dipasang dan digunakan, kerana perisian ini mempunyai plug-in/add-in yang membolehkan fail imej grafik berformat .pdn dibuka dalam sistem GNU/Linux. Perisian ini umpama pintu gerbang yang membuka laluan untuk proses suntingan menggunakan perisian grafik yang lain.

Seterusnya, sesudah fail imej grafik yang mengandungi peta Flemish Shortcut itu berjaya ditukarkan ke format .ora, penulis menyunting fail yang ada menggunakan gabungan antara perisian GIMP dan perisian Pinta sendiri.

Hasilnya…

BeforeAfterMap.png

 

 

 

 

Kitar Semula ‘Water Tumbler’ Lama Sebagai Bekas Menyimpan Tudung

PetuaSimpanTudungIntro

Fikir dahulu sebelum buang…

Sungguhpun water tumbler lama yang telah bocor tidak lagi boleh menyimpan bekal air minuman, tetapi ia masih bermanfaat untuk kegunaan yang lain. Dalam artikel kali ini penulis akan menunjukkan bagaimana sebuah water tumbler yang telah bocor digunakan sebagai bekas menyimpan tudung extra yang sudah digosok untuk dibawa ke aktiviti outdoor atau backpacking yang memerlukan kita untuk bermalam di kawasan aktiviti.

Pic1

 

Dalam artikel ini, penulis akan menggunakan water tumbler biasa dan sehelai tudung Turki jenis tahan renyuk dan low maintainance. Anda boleh menggunakan water tumbler yang bersaiz lebih besar atau tudung jenis lain yang anda fikirkan munasabah untuk dibawa ke aktiviti outdoor atau backpacking.

Pic4

Langkah-langkah penyimpanan adalah seperti berikut :

 

  1. Gosok tudung yang hendak dibawa. Bentukkan tudung mengikut saiz muka yang dikehendaki dan pin dengan kerongsang siap-siap. Kemudian lipat tudung dengan cermat secara memanjang, hingga lebar lipatan itu lebih kecil dari panjang water tumbler.

Pic2

2. Gulung tudung dengan berhati-hati agar tidak renyuk. Gulung dengan saiz sedikit kecil dari water tumbler.

 

Pic3

3. Masukkan tudung yang sudah digulung ke dalam water tumbler tadi.

Pic5

4. Tutupkan water tumbler tadi. Sekarang tudung anda sudah sedia untuk dibawa dalam beg backpack anda.

Pic6

Semoga bermanfaat !