Tag Archives: Haruman Luqman

Untuk Si Introvert Berjiwa Halus : Melegakan ‘Introvert Overload’ Dengan Mandi Aura

beauty-treatment

Bagi individu introvert berjiwa halus pasti akan merasakan keadaan di mana rasa letih dan lesu badan melanda selepas kembali dari majlis keramaian atau tempat yang riuh-rendah. Selain rasa letih dan lesu badan, daya tumpuan dan daya berfikir menjadi kurang tajam.

Ada yang memberi istilah Sensory Overload, Introvert Overload, Introvert Hangover, Overarousal dan macam-macam lagi. Tak serupa nampaknya tapi menjurus kepada keadaan yang sama dialami individu introvert berjiwa halus selepas bergaul dengan khalayak ramai atau mengalami rangsangan lampau dari persekitaran.

Hal itu berlaku disebabkan sistem saraf individu introvert berjiwa halus jauh lebih peka terhadap rangsangan luar serta tenaga dalaman mereka dijana dari dalam diri mereka dan jadi terkuras apabila mereka berada di khalayak ramai atau suasana yang riuh-rendah. Bahkan mereka kerapkali ‘terambil’ aura negatif orang lain sebagai ganti kepada aura mereka yang telah ‘diambil’ oleh orang sekeliling mereka.

Mandi bunga atau mandi minyak aura merupakan satu cara terbaik untuk melegakan keadaan tersebut.

Bagi yang berasa sukar untuk mencari bunga-bunga segar sebagai flower bomb, mandi minyak aura merupakan pilihan terbaik. Minyak aura ini biasanya telah dibacakan dengan ayat-ayat Syifa’ atau Ruqyah dari ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa pilihan.

Untuk tips mandi aura yang akan diturunkan seterusnya, penulis menggunakan produk Haruman Luqman. Haruman Luqman merupakan produk pilihan penulis sejak Disember 2014 dan terus setia menggunakannya hingga kini kerana keserasiannya dengan kulit, sistem saraf dan deria penulis.

harumanluqman4

Bahan-bahan untuk mandi aura :

1. Satu baldi air
2. Satu atau setengah baldi ais batu
3. Tujuh titik minyak Haruman Luqman ( satu atau beberapa jenis haruman )
4. Garam kasar ( pilihan )
5. Hirisan limau purut/limau nipis ( pilihan )

i) Masukkan kesemua ais batu, limau dan garam ke dalam baldi.
ii) Titiskan tujuh titis minyak Haruman Luqman selepas itu.
iii) Gaulkan kesemua tadi dengan pusaran lawan arah jam sambil berselawat. Buat 7 kali pusaran.
iv) Sebelum menjirus air, baca al-Fatihah dan ayat Kursi kemudian hembus ke air dalam gayung.
v) Jirus badan dan kepala sehingga habis air mandian
vi) Ulang mandian 3-5 hari berturut-turut sehingga berasa benar-benar pulih.

Nota : Ini digunakan dalam mandian terakhir. Dalam kes mencampurkan lebih dari satu haruman, setiap sebotol gunakan 7 titik.
Produk yang sesuai dengan keperluan anda boleh diperolehi dalam katalog online di :

http://harumanluqman.blogspot.my 

harumanluqman2bunga
Selamat Mencuba !

Kredit Gambar Produk : Ruzita/Zie Mahmud

Advertisements