Tag Archives: Empath

Aura Pengasih Untuk Si Introvert Berjiwa Halus

AuraCenuai6

Sungguhpun peristiwa burnout yang menimpa penulis beberapa tahun dahulu amat menyakitkan hingga penulis tidak bermaya luar dan dalam jadinya, ia tetap ada hikmahnya yang tersendiri…

Penulis mula mempelajari sesuatu tentang diri penulis sendiri lalu berusaha mencari solusinya.

Perkara utama yang penulis sedari adalah : Asal sahaja selesai menulis kerja-kerja menulis, penulis lebih mudah jatuh sakit dan memerlukan tempoh rehat yang lama. Hal tersebut menganggu proses kreatif dan daya produktiviti dalam berkarya.

Proses kreatif dan kerja-kerja menulis menggunakan banyak tenaga dalaman, dalam keadaan tersebut aura tenaga tubuh boleh terkuras seumpama bateri yang kian kehabisan sumber tenaga elektrik.

Berdasarkan pengalaman yang lalu, perkara tersebut menjejaskan sistem ketahanan badan penulis sendiri.

Dalam keadaan seperti itu, diri mana-mana individu yang mengalami keadaan tersebut berisiko tinggi untuk mendapat gangguan spiritual.

Selepas membuat ujian Highly Sensitive Person ( baca : HSP ) oleh Dr. Elaine Aron, penulis juga menyedari yang diri penulis juga tergolong dalam individu HSP. Seperkara yang dialami oleh individu HSP adalah sistem sarafnya mengalami introvert/sensory overload apabila mengalami rangsangan lampau dari persekitaran.

Sejak menyedari hal tersebut, penulis berjinak-jinak dengan kaedah mandi aura/mandi bunga yang ternyata berjaya memulihkan kesegaran tubuh dengan izin Allah jua.

Pelbagai cara dan produk mandi aura telah dicuba untuk mengekalkan tenaga dalaman.

Namun, disebabkan tugasan penulisan yang kian berat dan mencabar sejak akhir-akhir ini, penulis menggunakan produk Aura Pengasih yang kian mendapat tempat di kalangan warga laman sosial kebelakangan ini. Dan hasil penulisan ini dirumuskan berdasarkan penggunaan produk ini selama 7 hari berturut-turut dengan 2 kali mandian pada setiap hari.

crocuses-in-the-rain-2090525_1280

Berikut pengalaman penulis memakai produk Aura Pengasih :

Hari Pertama : Sakit kepala. Menurut Cikpuan Ikin-wakil jualan produk yang berurusan dengan penulis, ini dikatakan tindak balas yang biasa apabila tubuh sedang berkerja membuang energi negatif. Apa yang penulis fahami, energi negatif ini mungkin datang dari dalam diri sendiri mahupun diserap dari individu beraura negatif di sekeliling kita. Atau mungkin tubuh penulis sedang membuang kesan serangan psikik yang berlaku tanpa disedari.

Hari Kedua : Sakit kepala berkurangan.

Hari Ketiga : Tubuh rasa lebih segar. Rasa mengantuk dan letih pada waktu siang yang sering menimpa penulis sebelum ini semakin hilang. Mood bagai roller-coaster juga semakin berkurangan. Keadaan introvert/sensory overload yang terjadi sebelumnya juga berkurangan.

Hari Ketujuh : Tubuh berasa sihat dan kuat. Banyak hal-hal positif terjadi di sekeliling penulis dan penulis lebih bersemangat untuk berkarya di blog.

Hari Ke-13 : Aktiviti outing di bandar. Keadaan introvert/sensory overload akibat berada di tempat ramai orang semakin berkurangan. Seperti berada dalam protection bubble yang kalis serangan psikik. Sakit kepala akibat introvert overload semakin berkurangan. Lazimnya penulis pulang ke rumah dalam keadaan letih setiap kali pulang dari aktiviti outing, namun kali ini rasa letih tidak terasa sama sekali.

Untuk mendapat kesan sebegini, penulis menambah air sejuk berais atau ketulan ais ke dalam air mandian yang dicampur dengan 7 titik Aura Pengasih bermula pada hari keempat. Namun, hanya individu yang tidak bermasalah apabila mandi air sejuk sahaja disarankan mengikuti petua ini.

Selepas mendapat keputusan sebegini, penulis menyarankan penggunaan Aura Pengasih bagi individu HSP atau introvert untuk mengurangkan gejala-gejala yang timbul akibat rangsangan lampau.

Bacaan tambahan :

1. http://wabillahagro.blogspot.my/2016/05/rahsia-air-sejuk-dan-ais.html
2. https://en.wikipedia.org/wiki/Sensory_processing_sensitivity
3. http://borneobulletin.com.bn/highly-sensitive-people-struggle-with-sensory-overload/
4. https://themighty.com/2016/02/people-explain-what-sensory-overload-feels-like/
5. http://hsperson.com/test/highly-sensitive-test/
6. http://highlysensitivethoughts.com/2014/05/05/uncategorized/highly-sensitive-people-do-you-believe-in-alternative-healing-practices/
8. http://redefiningquiet.com/how-essential-oils-can-help-highly-sensitive-people/
9. http://art-healing-science.com/2014/11/12/natural-support-for-hsps-highly-sensitive-persons/
10. https://introvertdear.com/news/yes-there-is-such-a-thing-as-an-introvert-hangover/

Ada Apa Dengan Orang Timah ?

tinmanofoz

Kredit : Pinterest 

Buku ‘Jalan Ke Bandar Zamrud’ dari Ladybird Books merupakan buku cerita pertama yang arwah bapa penulis belikan sewaktu kami pertama kali mengunjungi bangunan baharu Quong Ming Bookstore pada sekitar tahun 1987. Buku ini sebenarnya diterjemahkan ke Bahasa Melayu dari versi asalnya yang berjudul The Wizard Of Oz yang dikeluarkan oleh penerbit yang sama.

Antara banyak-banyak koleksi buku yang ada di Quong Ming Bookstore, buku ini menjadi pilihan hati.

wizardofozladybirdbook

Buku versi asal dijual di kedai buku atas talian.

Pada waktu itu penulis hanya mampu merasai keseronokan menghayati perjalanan Dorothy bersama tiga rakan yang ditemui di sepanjang perjalanan untuk mencari ahli silap mata di Bandar Zamrud alias Kota Oz demi menyelesaikan dilema yang mereka hadapi. Penulis masih tidak tahu akan adanya makna simbolik atau makna tersirat di sebalik kewujudan empat watak utama dalam cerita ini.

Lebih kurang 28 tahun berlalu, barulah penulis mengetahui makna tersirat di sebalik cerita kanak-kanak yang begitu ringkas tapi menghiburkan ini. Apabila mula berjinak-jinak dengan konsep kendiri dan ilmu pengetahuan tentang perwatakan manusia, penulis menyedari bahawa pembelian buku tersebut bukan lagi kebetulan tapi suatu suratan yang telah ditentukan untuk menyediakan diri mempelajari sesuatu yang berharga di masa akan datang.

Empat watak utama cerita ini- Dorothy, Singa Penakut, Orang Jerami dan Orang Timah- dikatakan mewakili 4 jenis watak manusia yang paling asas yang telah diperkenalkan oleh Hippocrates pada 400 tahun sebelum Masehi. Dalam Bahasa Inggeris ia dikenali sebagai The 4 Temperaments dan mempunyai 4 istilah- Sanguine, Phelgmatic, Choleric dan Melancholic.

The 4 Temperaments adalah asas kepada ilmu pengkajian watak manusia di dunia Barat. Bahkan ia masih dipakai oleh sebahagian dari pakar psikologi pada zaman ini. Yang paling terkenal adalah Dr. David Keirsey dan anak muridnya Dr. Linda Berens. Dr David Keirsey mengguna-pakai The 4 Temparaments namun menggunakan istilah Artisan, Guardian, Rational dan Idealist. Dr. Linda Berens yang mengarang buku Understanding Yourself and Others: An Introduction to the 4 Temperaments, juga menggunakan sistem kuno ini untuk mengkelaskan watak manusia dan menggunakan istilah Improviser, Catalyst, Theorist dan Stabilizer. Untuk yang selanjutnya, penulis akan menggunakan istilah dari Dr Linda Berens.

Kembali kepada cerita Jalan Ke Bandar Zamrud, empat watak dalam cerita ini dikatakan mewakili 4 watak manusia yang bergelut dengan kepincangan dalaman diri mereka. Mereka berasa tidak dapat berfungsi dalam masyarakat akibat kepincangan tersebut lalu mengembara untuk mencari kembali diri mereka yang sebenar demi mengatasi kepincangan yang mereka alami. Dorothy dikatakan mewakili manusia dalam kategori Stabiliser yang hilang rasa percaya, selamat dan kestabilan akibat institusi keluarga atau masyarakat yang musnah ( simboliknya terletak pada rumah keluarganya yang musnah akibat puting beliung dan terpisahnya Dorothy dari keluarganya dengan jarak yang sebegitu jauh selepas puting beliung menerbangkan dia dan anjing kecilnya, Toto yang sedang berada di dalam rumah ). Manakala Singa Penakut yang ketiadaan rasa berani dikatakan mewakili kategori Improviser yang hilang keberanian untuk bertindak dengan tindakan yang bermanfaat bagi diri mereka dan orang lain. Orang Jerami yang tiada otak pula pula mewakili golongan Theorist yang hilang daya intelek untuk memberi idea-idea bernas berupa teori-teori yang boleh menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dirinya dan masyarakat.

Dan ada apa dengan Orang Timah ?

can-170837_1280

Jawapan kepada soalan ini menjadi titik fokus tulisan hari ini, kerana ia sesuatu yang berkaitan dengan individu INFP sekaligus diri penulis sendiri serta beberapa individu di persekitaran penulis. Kerana Dr David Keirsey dan Dr Linda Berens telah memasukkan INFP dalam kategori Catalyst.

Untuk mengetahui makna simbolik yang dibawa oleh Orang Timah, kita perlu mengetahui peranan semulajadi yang dimainkan oleh kategori Catalyst dalam masyarakat dan apa yang menjadi penghalang kepada mereka untuk memainkan peranan tersebut.

Bakat utama individu dalam kumpulan Catalyst adalah pada pembangunan insan atau ‘memanusiakan manusia’. Mereka membantu individu yang lain mencari identiti diri dan misi hidup masing-masing dengan memulakan sendiri misi pencarian diri mereka sendiri, dan kejayaan mereka dalam misi pencarian tersebut menjadi sumber inspirasi kepada orang lain untuk membangunkan diri sendiri dan memenuhi potensi diri yang ada sejak azali. Kekuatan mereka terletak pada intuisi dan emosi.

Mereka cenderung kepada keharmonian dalam hubungan sesama manusia dan mereka manusia yang mahu mengerti orang-orang yang berada di sekitarnya. Mereka telus dan jujur serta bencikan kepura-puraan. Mereka juga bukan individu materialistik. Mereka lebih mementingkan hal-hal yang bersifat maknawi berbanding yang bersifat materi mahupun harfiah. Bahasa yang mereka gunakan dihiasi dengan unsur-unsur perlambangan yang perlukan pentakwilan dan mereka juga suka mentakwil simbol-simbol dan makna di sekeliling mereka demi memperolehi pemahaman dan pengertian.

Individu dalam kumpulan Catalyst sangat terganggu dengan konflik dalam perhubungan dan sesuatu yang mendera emosi mereka.

Jika anda memperhatikan Orang Timah dengan teliti, anda mungkin dapat melihat yang tubuh Orang Timah ini terbina dari logam yang lebih keras dan kebal, bukannya gabungan tulang, kulit dan otot yang mudah luka bila ditusuk benda tajam.

Apa maknanya itu ?

Orang Timah adalah perlambangan kepada individu dari kumpulan Catalyst yang pincang dalaman. Orang Timah mencari Ahli Silap Mata Bandar Zamrud kerana mahukan hatinya dikembalikan semula.

Apabila individu dalam kumpulan Catalyst terluka hatinya ( baca : emosi ), mereka membina tembok sempadan antara diri mereka dengan orang lain demi mengelakkan hatinya dari terus terluka. Namun tembok yang sama juga menghalang mereka untuk mengasihi dan dikasihi- keperluan emosi yang mereka amat perlukan.

Bila keperluan emosi mereka tidak terpenuhkan, perkembangan potensi dan sumbangan bakat semulajadi mereka kepada masyarakat juga terbantut. Segala rajuk, luka lara, hampa kecewa dan pelbagai lagi berpadu menjadi kebencian dan dendam kesumat yang meracun hati. Akhirnya, jauh di dalam mereka pun mati walaupun kelihatan masih hidup di mata orang.

Penulis menyedari sesuatu dan mempelajari sesuatu. Jangan pernah takut untuk terluka atau kecewa, tetapi orang yang bijaksana tidak akan dipatuk dua kali dari lubang yang sama.

Sesungguhnya selepas 28 tahun berlalu, baru penulis menyedari bahawa pembelian buku ‘Jalan Ke Bandar Zamrud’ pada waktu itu ternyata suatu suratan yang telah tertulis untuk menyediakan penulis mempelajari sesuatu yang bermakna di hari muka. Di dunia ini, sebenarnya tiada satupun yang terjadi secara kebetulan.

Bacaan Lanjut :

1. http://www.infj.com/The_Tin_Man.htm
2. http://www.infj.com/INFJ_Temperament.htm
3. http://goodlifezen.com/what-is-your-temperament/
4.https://www.psychologytoday.com/blog/mindful-musings/201611/3-reasons-let-yourself-feel-your-emotions

Antara Melodi Paling Merdu Di Alam Dunia…

Bunyi ini mengingatkan penulis kepada pengalaman indah di kampung halaman arwah ayah dulu-dulu. Banyak pokok kelapa di situ dan daun-daunnya akan berbunyi sebegini bila ditiup angin. Kedengaran jelas bila berada di tepi tingkap.

Bunyinya sangat menenangkan. Tidak perlu buka radio atau pemain kaset untuk memainkan lagu-lagu kegemaran.

Gunting Lagadan Hut In Memory 2

GuntingLagadanHut2

Mount Kinabalu ( and so its mountain huts ) is an introverts’ haven that perfect both for the physical adventures and mutual soul-searchings. Somehow this modest, cozy hut is now a history.

Credit : Refflisia Putih

The memory of staying in Gunting Lagadan Hut in 1998 resurfaced once more after finishing the simple personality test in Quiet Revolution website last week.

introvert-quiet-revolution-opera_045

This personality test is not something equals to vonvon.com et. al. ‘just for fun’ quiz. We have to be honest with our answers because our answers will simply serving as the gate to know more about ourselves.

A year before, my results for the same test was ‘ambivert’ even though I tend to be more introverted due to the intense and dramatic maturing process happened since 2012, so this year’s results is somekind of jaw-dropping surprises for myself.

Because I thought that introverts are classically taciturn per se, non-talker type, while I can be somekind like Dato Seri Vida Qu Puteh’s type of person in public settings.

Then the mesmerizing memories of living in Gunting Lagadan Hut re-appeared to validate the current results. The second time test was done just after reuniting with those memories, embracing and honouring it few months before. Those beautiful experiences were brutally honest in telling something about myself.

panarlaban1998lil

“ Solitude Is Beautiful, Quiet Does Not Mean Boring.”

The ethereal beauty of quiet, foggy evening in Panar Laban. Some people may find this picture contains sadness- an emotion that we prefer to dodge- and felt as tragic; somehow to some other people, this is what they feel as romantic and blithe. Honestly I found out that I belong to the latter group.

The ethereal silence of the surrounding inside and outside the hut, the time in solitude and so, the hiking trip to Mount Kinabalu overall made me realized that I have endured so many painful sensory overloads and meltdowns from overly stimulating environments in one of the more developed parts of Sabah for so many years. Inside and outside my family house. I lost and get confused about my real identity in those overloads and meltdowns and the price I paid were so high enough.

“ Preference for quiet, minimally stimulating environments.”

The definition of introversion is a validation to that beautiful discovery also another thing that made me accepting the new results with open heart and getting that necessary life adjustments.

Jangan Ketawa ! ( Dikemaskini )

Pesan untuk diri : Bila timbul keinginan untuk berdengki, tengok-tengoklah cermin, bimbang nanti bertukar rupa pula…

 

KeldaiGila
Mari ikuti cerita yang tak berapa logik ini…

 
Rasa jengkel masih belum hilang-hilang dari hati Tipah, walaupun sudah tiga hari perkara itu berlalu. Selama tiga hari itu jugalah tidur Tipah asyik terganggu. Kalaupun dia dapat tidur, badan dan kakinya seakan-akan dirantai pada batu sebesar Gunung Everest pada waktu bangun pagi. Dia juga tidak lalu makan. Wajahnya menjadi cekung dan muram. Lingkaran gelap di kawasan matanya semakin ketara.
Sebagai sahabat dan teman serumah, Leha terperasan akan perkara itu. Ketika mereka sedang bersantai-santai mengambil angin di taman permainan, Leha mengambil kesempatan untuk bertanyakan sebabnya.

 
Tipah : Leha… Leha… Takkan kau tak tahu yang aku masih tak puas hati bila bos kita lebih utamakan Si Peah dari aku. Si Peah tu baru berapa lama kerja tempat kita, dah naik pangkat dan naik gaji. Aku yang dah bertahun-tahun bekerja di bawah bos, masih tak naik-naik pangkat atau gaji. Mentang-mentanglah dia tu awek cun !

 
Leha : Sudahlah tu. Dah bukan rezeki kau, Tipah. Bawa-bawalah bersabar.

 
Tipah : ( Meninggikan sedikit suaranya ) Sabar apa lagi ?

 
Leha : Hmm… Apa kata kau ambil cermin dan tengok muka kau. Tengoklah sekarang dan selama mana rasa tak senang hati kau pada si Peah tak hilang-hilang.

 
Tipah : Kenapa pula?

 
Leha : Sebab aku risau, takut-takut muka kau tiba-tiba bertukar jadi keldai.

 
Tipah : Hishhhh… Kenapa pula?

 
Leha : Orang Noghori sebut dengki sebagai dongki. Perkataan Bahasa Inggeris yang sama bunyinya bermaksud Keldai. Dengki Dongki Dongki Donkey Donkey Keldai.

 
( Tipah terdiam beberapa lama. Entah apa yang sedang difikirkan oleh Tipah, Leha sendiri kurang pasti. )
( Dengan tiba-tiba sahaja Tipah kembali bersuara. )

 
Tipah : Leha, rasa-rasanya ini semua engkau punya permainan kata-kata semata-mata kan ?  Keldai pun tak nak disamakan dengan orang yang berdengki. Buat malu mereka dan keluarga mereka !

 
Leha : Hah, tahu tak apa ! Kesimpulannya, jangan ada dengki  ataupun jadi lebih teruk dari keldai. Titik.

 

KeldaiLucu