Imbas Kembali : Misi Tim ‘Canyoning’ Belgium Menawan Low’s Gully 2003 ( Edisi Kemaskini 2018 )

EasternPlateauFrmLowsGully.jpg

Low’s Gully Dari Puncak Low : Jurang yang memisahkan Penara Timur dan Penara Barat Gunung Kinabalu.

( Kredit : Wilson Ls Thaddeus )

A horrible abyss, a veritable devil’s cauldron of incredible depth”.

Kata-kata itu diucapkan oleh Major Charles Enriquez, ketika jurang ini berada di ruang pandangan saat berada di puncak Gunung Kinabalu pada tahun 1925.

Horrible abyss ? Devil’s cauldron ? Benarkah demikian ?

Sungguhpun nampak menyeramkan hingga diberi tanggapan sedemikian rupa, namun jurang ini tetap menggamit rasa ingin datang kepadanya. Tetapi tidak ramai yang ingin mendatangi.

Ramai yang mencuba tetapi berjaya separuh jalan atau gagal.

Tidaklah menghairankan bila timbul tanggapan yang negatif terhadap jurang ini.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa dasar Low’s Gully ( yang sebenar-benarnya ) telah berjaya ditawan oleh sekumpulan tim canyoneers dari Belgium pada tahun 2003 ( selain misi British-Malaysia pada 1998 ), setelah beberapa percubaan sebelumnya bertemu kegagalan atau berjaya tetapi belum benar-benar bertemu dengan dasar Low’s Gully.

Bukan calang-calang canyoneers dan abseilers yang sanggup ke bawah sana. Low’s Gully, dalam bidang abseiling/canyoning, adalah setaraf Gunung Everest bagi seorang pendaki gunung. Terdapat berbelas-belas tingkat air terjun yang setiap satu tingkatnya boleh mencapai ketinggian sehingga 50-60 meter. Apabila hujan turun walau sedikit, banjir kilat dan aliran air yang mungkin sekuat Niagara akan berlaku menyebabkan misi abseiling/canyoning ke dasar Low’s Gully begitu berbahaya. Bahaya tersebut diakui sendiri oleh Paul Symons-ketua pasukan canyoning tersebut yang juga seorang lagenda dalam dunia canyoning. Symons pernah terperangkap dalam misi sama tiga tahun sebelumnya akibat cuaca buruk. Symons dan pasukannya ( ketika itu diketuai oleh Paul ‘Chip’ Rafferty dari UK ) tersangkak di kawasan Battleship Cave sebelum keluar sehelai sepinggang diselamatkan melalui bantuan helikopter.

Belajar dari kegagalan misi tersebut dan kegagalan misi-misi lain yang berlaku sebelumnya, misi kali ini dirancang dengan penuh teliti. Aspek cuaca dan faktor-faktor lain dikaji sebaik-baiknya. Misi dijalankan dalam bulan paling kering dan tahun paling kering dalam dekad awal millenium ini. Misi kali membawa bersama para canyoneers terbaik dari daerah Flanders, Belgium. Selain Paul Symons sebagai ketua/sweeper, yang melengkapkan misi kali ini adalah : Karl Willems, Oswald Pauwels, David Nijssen, Frans Reinhart, Mark Racquet, Rudi Debbaut, Kurt Garrez, Maarten Simons, Raf Van Stayen.

Dalam misi tahun 2003 ini, pasukan yang agak besar ini dibahagikan kepada dua pasukan. Satu pasukan diketuai oleh Karl Willems dan satu pasukan lagi diketuai sendiri oleh Paul Symons. Pasukan Karl Willems akan mendaki Gunung Kinabalu dari laluan Timpohon ke Laban Rata. Dan dari Laban Rata, mereka bertolak ke kawasan di mana terletaknya Cauldron Gap dan Easy Valley Col dan terus turun ke Low’s Gully dari salah satu kawasan tersebut. Pasukan yang diketuai Paul Symons pula memulakan perjalanan dari Kampung Melangkap Kapa yang terletak dalam daerah Kota Belud, untuk mencari laluan pintu keluar dari Low’s Gully ke Melangkap Kapa. Bacaan GPS bagi laluan tersebut direkodkan dan disimpan di dalam botol. Botol tersebut diletakkan di kawasan laluan keluar dari Low’s Gully untuk dikutip oleh pasukan Karl Willems. Selepas misi itu selesai, pasukan Paul Symons akan menyusuli pasukan Karl Willems. Jika sesuatu berlaku kepada pasukan Karl Willems, Paul Symons dan rakan-rakan sepasukan perlu menyelamatkan mereka.

easyvalleynobat2015

Gambar Hiasan Bermaklumat : Pemandangan kawasan Easy Valley dari Lone Tree.

( Gambar Kredit :Pasukan NOBAT2015 )

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh David Nijssen sendiri, mereka membuat keputusan untuk memulakan perjalanan turun dari Easy Valley berbanding Cauldron Gap. Dari Easy Valley, mereka meneruskan perjalanan ke Lone Tree. Dari Lone Tree, mereka membuka laluan baharu yang dikenali sebagai Flemish Shortcut. Laluan baharu ini bermula di sebuah batu besar yang dinamakan House Boulder ( 3290m ), bersebelahan Lone Tree. Dari House Boulder, mereka menuju ke arah barat hingga ke kawasan belukar kecil di ketinggian 3160m, sebelum memulakan pergerakan turun secara arah mencancang bermula dari sebuah kawasan air terjun yang kecil berhampiran belukar tersebut.

lonetreenobat2015

Gambar Hiasan Bermaklumat : Kawasan Lone Tree

( Gambar Kredit :Pasukan NOBAT 2015 )

Pergerakan canyoning ini dibantu dengan sokongan tali yang ditambat pada pokok atau ditambat pada batu-dengan bantuan bolt dan alat sokongan lain yang dipasang secara menggerudi ke dalam batu. Mereka hanya membawa tali 8mm sepanjang 60m setiap seorang ! Hal tersebut tidak pernah dilakukan oleh mana-mana misi yang terdahulu. Justeru, tali perlu ditanggalkan dari tambatan sebaik sahaja selesai satu-satu aktiviti abseiling di setiap check point.

houseboulder

Gambar Hiasan Bermaklumat : House Boulder

( Gambar Kredit :Justin Paul Tamin )

Jika misi-misi yang terdahulu ( selain misi British-Malaysia 1998 ) tersangkak di Battleship Cave atau New’s Pool, mereka berjaya melangkah jauh hingga ke air terjun Marmita Trampa. Dari New’s Pool, aktiviti abseiling di kawasan curam dan berair sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Terdapat dua air terjun yang tingginya melebihi 35 meter. Air terjun Robert’s Fall setinggi 50m dan The Cathedral dengan ketinggian 60m ! Selepas cabaran The Cathedral, anak sungai Panataran menanti di hadapan selepas berenang di beberapa kolam air bertingkat.

Dari anak sungai Panataran, mereka berjalan kaki dalam denai hutan menuju ke Kampung Melangkap Kapa.

PanalabanByFiza2.jpg

Cauldron Gap Dan Easy Valley Col Merupakan Dua Pintu Masuk Ke Low’s Gully

( Kredit : Nur Hafizah Ija Jusdi )

LowsGullyFlemishShortcut3.png

Laluan denai yang dilalui oleh tim canyoning dari Belgium. Dilukis semula berdasarkan laluan askar British yang sesat pada tahun 1994 serta peta topografi yang dilukis oleh Paul Symons dan Raf Van Stayen.

lowsgully3

Kredit : mount-kinabalu-borneo.com

Setakat ini, pasukan canyoning dari Belgium ini masih merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya menawan Low’s Gully hingga ke anak Panataran dengan teknik canyoning tanpa menggunakan atau meninggalkan rantaian tali panjang di belakang. Namun kejayaan mereka kurang diketahui oleh dunia kerana misi ini tidak mendapat publisiti yang meluas dari media antarabangsa. Sebuah kertas kerja/laporan projek telah ditulis oleh David Nijssen berkenaan misi ini. Pada masa ini, David Nijssen merupakan seorang pensyarah/penyelidik biologi persekitaran berpangkat profesor di salah sebuah universiti di Bochum, Jerman. Untuk yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kertas kerja tersebut boleh didapati di :

http://homepage.ruhr-uni-bochum.de/david.nijssen/pdfs/LowsGully.pdf

Berdasarkan gambar-gambar yang terdapat dalam kertas kerja berkenaan serta artikel blog di blog mount-kinabalu-borneo.com, Low’s Gully sebenarnya sebuah kawasan penuh misteri yang luar biasa cantiknya. Jauh menyimpang dari apa yang diperkatakan oleh Major Charles Enriquez ketika melihat ke arahnya lebih seratus tahun lalu. Bahkan membenarkan kata-kata Yahya Bin Khalid yang dipetik dari pepatah Arab, ” Manusia memusuhi apa yang dia tidak tahu.”

 

 

Nota : Artikel ini ditulis semula berdasarkan temuramah dengan David Nijssen menerusi Facebook Messenger pada 14 Februari 2018 yang lalu. Artikel asal pernah disiarkan secara online di laman Facebook Beautiful Mount Kinabalu pada 6 Januari lepas dan disiarkan semula di blog ini sebagai usaha penyelarasan semula hakcipta.

Advertisements

Aliran Kerja Yang Berubah

desktop 1_009.png

Screenshot Bagi Perisian Pinta ( Sebuah Perisian Grafik Mudah Yang Diilhamkan dari Perisian Paint.NET )

Apabila komputer riba HP-Compaq CQ62 dengan keupayaan dual-boot Lubuntu 16.04 dan Windows 7 mempunyai masalah damage beyond repair dan yang tinggal hanyalah sebuah netbook lama dari tahun 2012 yang beroperasi dengan 100% sistem GNU/Linux, maka tiada lagi sistem Windows dan perisian Paint.NET untuk digunakan bagi membuat kerja-kerja senireka grafik seperti penyuntingan gambar mahupun melukis imej grafik.

Kesannya, aliran kerja perlu diubah dan penulis belajar menyesuaikan diri dengan aliran kerja yang baharu – melalui proses cuba-jaya dengan fungsi-fungsi yang terdapat pada perisian grafik yang baharu.

Tidak mudah untuk berbuat demikian, kerana Paint.NET menjadi perisian grafik kegemaran penulis selama hampir 4 tahun dan penulis berasa amat serasi dengannya. Dan perisian Paint.NET hanya boleh dipasang di Sistem Windows. Untuk memasangnya di sistem GNU/Linux, perisian sokongan seperti WINE dan Play On Linux diperlukan. Lebih malang lagi, apabila Paint.NET 3.5.11 tidak lagi dapat digunakan di sistem GNU/Linux apabila perisian Play On Linux telah dinaiktaraf dan sejak itu Paint.NET 3.5.11 tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya.

Itu menjadi cabaran yang perlu diatasi sebaiknya, apabila peta Flemish Shortcut perlu dilukis semula setelah mendapat maklumat pembetulan dari David Nijssen dalam tahun ini. Fail imej grafik asal yang mengandungi lapisan-lapisan lakaran peta tersebut mempunyai format .pdn, yang hanya boleh dibuka dan disimpan suntingannya dalam perisian Paint.NET.

Setiap cabaran yang datang pasti ada berserta penyelesaiannya. Langkah pertama adalah dengan memasang perisian grafik yang boleh membuka semula fail dalam format .pdn dan menukarkannya kepada sekurang-kurangnya sebuah fail imej grafik dalam format Open Raster Format ( .ora ). Format Open Raster Format ini membolehkan fail imej grafik tadi dibuka dan disunting dalam perisian grafik seperti GIMP, Krita atau Pinta.

desktop 1_010.png

Screenshot Bagi Perisian GIMP dari versi Lubuntu 16.04.03. Perisian GIMP pernah dan sering mendapat jolokan ‘Photoshop Bagi Sistem GNU/Linux‘. Terdapat dalam versi untuk GNU/Linux, Windows dan Mac.

Pinta menjadi perisian pertama yang perlu dipasang dan digunakan, kerana perisian ini mempunyai plug-in/add-in yang membolehkan fail imej grafik berformat .pdn dibuka dalam sistem GNU/Linux. Perisian ini umpama pintu gerbang yang membuka laluan untuk proses suntingan menggunakan perisian grafik yang lain.

Seterusnya, sesudah fail imej grafik yang mengandungi peta Flemish Shortcut itu berjaya ditukarkan ke format .ora, penulis menyunting fail yang ada menggunakan gabungan antara perisian GIMP dan perisian Pinta sendiri.

Hasilnya…

BeforeAfterMap.png

 

 

 

 

Cirque Peak – Suatu Pengenalan Awal ( Kemas Kini )

CirquePeak&KingGeorgePeak3a

Di Mana Cirque Peak ? – Gambar ( A ) menunjukkan lokasi Cirque Peak yang boleh disaksikan dari Puncak Low. Gambar (B) adalah imej satelit yang memperlihatkan di mana lokasi Cirque Peak dari udara.

( Kredit : Gambar (A)- Zam Affiq Zam, Gambar (B) – Koleksi Peribadi Dr. Ravi Mandalam )

 

Pengenalan/Mukadimah

Artikel ini telah ditulis semula setelah perbincangan berkenaan lokasi sebenar Cirque Peak melalui ruang bual Whatsapp yang berlangsung antara penulis dan Dr. Ravi Mandalam ( salah seorang dari penulis buku East Kinabalu, A Guide To The Eastern Part Of Mount Kinabalu ) pada bulan Februari yang lalu. Perbualan itu menyusul selepas mendapat maklum balas tentang artikel ini dari beberapa ahli dalam grup Facebook Beautiful Mount Kinabalu. Selepas perbincangan tersebut berlangsung, penulis menyimpulkan bahawa artikel ini perlu ditulis semula untuk mengelakkan para pembaca dari berterusan mendapat maklumat yang salah.

Terungkainya Misteri Nama Sebuah Puncak

Sejujurnya, selama hampir 19 tahun penulis mencari-cari nama puncak seperti yang kelihatan pada gambar di bawah.

EastAndNorthRidgeKinabalu.png

( Kredit : Justin Paul Tamin )

Walaupun rupanya begitu unik kerana seakan berkembar dua dan amat mudah untuk dilihat dari atas Puncak Low, namun popularitinya tidak meluas sepertimana Puncak Low, Puncak Selatan, Puncak St. John, Puncak Donkey Ears dan yang lainnya. Justeru, namanya kekal misteri. Puas penulis menggelintar di Google sejak tahun 2015, kalau-kalau penulis berjaya menemukan namanya. Tetapi masih gagal. Nama untuk puncak yang satu ini tidak berjaya penulis temui, sehinggalah pada tahun ini apabila penulis berpeluang untuk membaca sebuah buku bertajuk Kinabalu karangan Anthony Van Der Ent.

kinabalubooks

Gambar yang diambil ketika berada di Pusat Sumber Taman-Taman Sabah di KK Times Square, Kota Kinabalu. Buku yang dimaksudkan Penulis terletak di kiri atas.

Dalam buku tersebut setiap puncak ditandai dengan jelas. Tetapi puncak unik ini tidak jelas penandaannya. Satu bahagian jelas bernama Puncak King George. Pada bahagian yang lain tidak mempunyai nama. Cuma ada satu tempat yang dinamakan dengan nama Cirque.

EasterntoNorthRidgeKinabalu

Dari buku Kinabalu oleh Anthony Van Der Ent : Puncak itu pastinya berada pada kawasan dalam bulatan. Satu bahagian sudah bernama tapi apakah nama untuk satu lagi bahagian puncak ?

Mungkinkah Cirque Peak namanya ?

SabahParksList

Cirque Peak dalam senarai yang dikeluarkan oleh pihak Taman-Taman Sabah.

Amat, amat sedikit maklumat yang penulis perolehi untuk puncak ini ketika menggelintar semula maklumat berkaitan di internet. Hasil carian di Google banyak dipenuhi maklumat tentang satu lagi puncak yang sama namanya tetapi terletak di benua Amerika Utara !

CirquePeakKinabaluBookCover

Cirque Peak, dari arah kawasan Puncak Utara/North Peak- Gambar Kulit Belakang Buku Kinabalu

Cirque Peak dari Gunung Kinabalu disebut dengan jelas dan sahih hanya dalam dua sumber hasil carian. Pertama, dalam laman web rasmi Taman-Taman Sabah sebagai puncak yang ke 21 dalam senarai puncak gunung yang terdapat di Gunung Kinabalu. Dan ia jelas ditulis sebagai Cirque Peak. Kedua, dalam tulisan Steve Long, salah seorang dari ahli kumpulan ekspedisi menakluki Low’s Gully berasal dari United Kingdom. Tulisan tersebut telah diterbitkan dalam jurnal American Alpine Journal terbitan American Alpine Club pada tahun 2000 dan telah dibukukan dalam buku The Mountaineers Book. Selain itu, tiada lagi maklumat lain yang boleh penulis perolehi tentang Cirque Peak.

Namun, sekurang-kurangnya misteri nama puncak itu telah terungkai…

Hasrat untuk menulis tentang Cirque Peak bermunculan apabila penulis mula membuat bacaan lanjutan untuk artikel blog tentang Gunung Kinabalu dan kewujudan litupan ais kemuncak purba serta perkaitannya dengan Sundaland/Benua Sunda.

Saat memesrai kembali topik proses hakisan dan luluhawa oleh glasier dalam subjek Geografi Fizikal serta Asas Geologi, perkataan cirque asyik bermunculan. Kebetulan ciri-ciri untuk sebuah cirque atau kori ada pada tempat yang dilabel sebagai Cirque dalam buku Kinabalu. Mungkinkah di sini asal-muasal nama Cirque Peak ? Mungkin sudah sampaikah waktunya nama puncak ini perlu diketahui umum dengan meluas ?

CirquePeakFromNorthPeakB.jpg

Cirque Peak dari Kawasan North Peak

( Kredit :Arkitrekker )

Asal-Muasal Nama Puncak ?

Sewaktu penulis berbincang dengan Dr. Ravi Mandalam pada Februari yang lepas, penulis mendapat maklumat bahawa Cirque Peak mendapat namanya disebabkan kori yang terletak bersebelahan dengannya.

Selain corrie dan cwm, cirque adalah satu lagi istilah geografi fizikal dan geologi di dalam Bahasa Inggeris untuk kori. Cirque adalah istilah yang dipinjamkan dari Bahasa Perancis.

Kori terbentuk apabila glasier menghakis secara ragutan di dasar bongkah ais pada cerun gunung. Hakisan ragutan tersebut membentuk lekukan atau lembah yang berbentuk seakan-akan panggung amphiteater.

Bagaimana proses pembentukan sebuah kori berlaku dapat dilihat di laman web ini :

http://www.landforms.eu/cairngorms/corrie%20formation.htm

Siapakah yang menamakan puncak tersebut dengan nama Cirque Peak dan bilakah ia dinamakan ?

Persoalan tersebut akan terjawab apabila sumber rujukan yang sahih ditemui suatu masa nanti…

Post-skrip :

Setakat ini maklumat tentang sejarah pendakian ke puncak ini belum dapat diperolehi. Steve Long, dalam artikelnya mencadangkan bahawa pendakian ke Cirque Peak mempunyai potensi untuk dilakukan, dengan langkah pendakian dimulakan dari kawasan Lone Tree dan sesudah itu meredah kawasan hutan gunung yang ada. Kemudian pendakian diteruskan dengan kaedah pendakian teknikal di mana pemasangan bolt (untuk mencangkukkan safety harness) diperlukan untuk 200 meter pertama di permukaan batuan yang curam.

http://publications.americanalpineclub.org/articles/12200039200/Asia-Malaysian-Borneo-Sabah-Mt-Kinabalu-Lows-Gully-East-Face-Attempt )

Addendum ( 30 April 2018 )

Map

Misteri nama selama lebih 20 tahun akhirnya benar-benar terjawab sepuasnya dengan penemuan sebuah peta dari era penghujung tahun 1980an. Jelas terpampang nama Cirque Peak pada kawasan yang telah dibulatkan. Peta ini diperolehi dari majalah Iridescent Sabah.

MapFromDrRaviMandalam2

Satu lagi peta yang jelas menunjukkan lokasi dan nama Cirque Peak. Dari koleksi Dr. Ravi Mandalam.

Kitar Semula ‘Water Tumbler’ Lama Sebagai Bekas Menyimpan Tudung

PetuaSimpanTudungIntro

Fikir dahulu sebelum buang…

Sungguhpun water tumbler lama yang telah bocor tidak lagi boleh menyimpan bekal air minuman, tetapi ia masih bermanfaat untuk kegunaan yang lain. Dalam artikel kali ini penulis akan menunjukkan bagaimana sebuah water tumbler yang telah bocor digunakan sebagai bekas menyimpan tudung extra yang sudah digosok untuk dibawa ke aktiviti outdoor atau backpacking yang memerlukan kita untuk bermalam di kawasan aktiviti.

Pic1

 

Dalam artikel ini, penulis akan menggunakan water tumbler biasa dan sehelai tudung Turki jenis tahan renyuk dan low maintainance. Anda boleh menggunakan water tumbler yang bersaiz lebih besar atau tudung jenis lain yang anda fikirkan munasabah untuk dibawa ke aktiviti outdoor atau backpacking.

Pic4

Langkah-langkah penyimpanan adalah seperti berikut :

 

  1. Gosok tudung yang hendak dibawa. Bentukkan tudung mengikut saiz muka yang dikehendaki dan pin dengan kerongsang siap-siap. Kemudian lipat tudung dengan cermat secara memanjang, hingga lebar lipatan itu lebih kecil dari panjang water tumbler.

Pic2

2. Gulung tudung dengan berhati-hati agar tidak renyuk. Gulung dengan saiz sedikit kecil dari water tumbler.

 

Pic3

3. Masukkan tudung yang sudah digulung ke dalam water tumbler tadi.

Pic5

4. Tutupkan water tumbler tadi. Sekarang tudung anda sudah sedia untuk dibawa dalam beg backpack anda.

Pic6

Semoga bermanfaat !

Gunung Kinabalu : Suatu Ketika, Di Sebuah Benua Bernama Sunda/Sundaland…

AkiNabaluftMeowAfter

Gambar Hiasan : Gunung Kinabalu dari Polumpung Campsite, Melangkap dalam daerah Kota Belud. Low’s Gully kelihatan seolah-olah sebuah kawah besar di sini. Suatu ketika dahulu, Low’s Gully telah menampung litupan ais yang begitu banyak di dalamnya. Batu-batu di sungai ini, mungkin berasal dari sana dan telah dibawa oleh pergerakan ais yang mencair setelah Zaman Ais berakhir.

Kredit :Aki Nabalu Ft Meow’ oleh Allex Harris

Dalam jurnal Glaciation of Mount Kinabalu oleh P.H Stauffer yang diterbitkan oleh Geological Society Of Malaysia pada tahun 1968, Gunung Kinabalu telah diakui sebagai puncak yang tertinggi di kawasan Sunda. Dalam wacana ilmiah oleh Dhani Irwanto dan beberapa pengkaji lainnya, kawasan Sunda ini juga dikenali sebagai Sundaland atau Benua Sunda.

Menurut Wikipedia, Sundaland atau Benua Sunda itu adalah…

” Sundaland (also called the Sundaic region) is a biogeographical region of Southeastern Asia corresponding to a larger landmass that was exposed throughout the last 2.6 million years during periods when sea levels were lower. It includes the Malay Peninsula on the Asian mainland, as well as the large islands of Borneo, Java, and Sumatra and their surrounding islands.

Dari laman web yang sama, dan dipetik dari artikel Response of Western Pacific Marginal Seas to Glacial Cycles: Paleoceanographic and Sedimentological Features oleh Wang Pinxian, takrifan persempadanan Pentas Sunda sekaligus kawasan benua Sunda/Sundaland :

“The extent of the Sunda Shelf is approximately equal to the 120 meter isobath. In addition to the Malay Peninsula and the islands of Borneo, Java, and Sumatra, it includes the Java Sea, the Gulf of Thailand, and portions of the South China Sea.”

Sundaland atau Benua Sunda telahpun lenyap pada masa kini akibat kenaikan paras air laut selepas berakhirnya Zaman Ais dan meninggalkan hanya wujud Kepulauan Melayu/Alam Nusantara di Asia Tenggara.

Map_of_Sunda_and_Sahul

Lokasi Benua Sunda/Sundaland.

Kredit : Wikimedia Commons

Justeru Gunung Kinabalu bukan sekadar gunung yang tertinggi di Benua Sunda/Sundaland suatu masa dahulu, tetapi juga sebuah gunung yang diliputi ais dan bersalji !

 

Diliputi Ais Dan Bersalji

Sewaktu Benua Sunda/Sundaland masih wujud pada Zaman Ais atau Pleistocene -sekitar 2.6 juta-10,000 tahun yang lalu, Gunung Kinabalu masih mempunyai litupan ais kemuncak atau ice cap. Litupan ais kemuncak tersebut dikatakan melitupi kawasan seluas 5 km persegi.

Kewujudan litupan ais kemuncak di Gunung Kinabalu pada zaman tersebut dapat dibuktikan dengan kewujudan glasier atau ‘sungai ais’ purba. Sebagai salah satu agen hakisan dan luluhawa, glasier meninggalkan kesan-kesan pandangan darat geografi fizikal yang unik dan dapat dikenalpasti walaupun litupan ais kemuncak sudah tidak lagi wujud di satu-satu kawasan sejak sekian lama.

MountKinabaluMap

 

Peta Lakaran Yang Menunjukkan Bukti-bukti Kewujudan Litupan Ais Kemuncak Purba di Gunung Kinabalu.
Ditekap semula dari peta asal pada laman blog Persatuan Pencinta Alam Malaysia Cawangan Kuching

Kesan-kesan tersebut boleh dilihat di sekitar kawasan Gua Paka, kawasan berbatu selepas Panalaban sehingga ke Puncak, Low’s Gully, bahkan menjangkau sehingga ke Kundasang dan Dataran Tinggi Pinosuk.

Menurut Koopman dan Strauffer (1966), kawasan di sekitar ketinggian 3,350 meter dan ke atas mengandungi puncak-puncak gunung yang berbentuk seperti tanduk, piramid atau kon. Dan bentuk-bentuk seperti itu terjadi akibat proses pemendapan dan hakisan glasier purba yang berlaku di kawasan kemuncak sepanjang Zaman Ais. Puncak-puncak tersebut sebahagiannya bukan hanya berbentuk sedemikian, malah mempunyai pepenjuru atau permukaan yang tidak sekata yang dikenalpasti sebagai nunatak.

NunatakKori

 

Nunatak adalah puncak gunung bebas litupan ais yang terjojol keluar di atas litupan ais kemuncak, seakan-akan pulau batu yang dikelilingi lautan ais. Ia biasa terdapat di kawasan kutub atau kawasan pergunungan yang mempunyai litupan ais kemuncak. Puncak Low, Puncak St. John dan Puncak Donkey Ears telah dikenalpasti sebagai contoh nunatak yang wujud di Gunung Kinabalu.

Selain puncak berbentuk tanduk, piramid atau kon serta nunatak, terdapat kori di sekitar kawasan puncak Gunung Kinabalu. Salah satu kori yang menonjol di Gunung Kinabalu adalah puncak yang dikenali sebagai Cirque Peak. Ia terletak di antara Puncak Utara dan Puncak King George, dalam kawasan penara timur (Eastern Plateau). Puncak-puncak gunung yang meruncing, nunatak dan kori adalah bukti keberadaan glasier di atas Gunung Kinabalu suatu ketika dahulu.

SacrificingPool

Kolam Bernazar dan Puncak St. John- Dua bukti jelas kesan hakisan dan pemendapan glasier purba di atas Gunung Kinabalu.
( Kredit : Refflisia Putih )

Kawasan cerun laluan pendaki selepas Pondok Sayat-Sayat hingga Km 8.5 pula menjadi salah satu laluan pergerakan turun bagi glasier purba ini. Glasier purba menjadi agen proses hakisan dan luluhawa yang menyebabkan cerun yang terlibat menjadi kurang curam dan mudah untuk dilalui.

Icy

Satu lagi kesan peninggalan glasier purba…
( Kredit : Refflisia Putih )

Gua Paka dan persekitarannya pula menjadi salah satu titik penghujung pergerakan glasier purba ini. Sisa batuan yang dihakis dan diluluhawakan oleh glasier dibawa turun bersama-sama ais yang bergerak perlahan dan tertinggal di sini setelah ais tersebut mencair.

Jurang bertebing curam dan sedalam 1,524 meter yang dinamakan Low’s Gully juga merupakan salah satu bukti aktiviti hakisan dan luluhawa oleh glasier purba.

Pencairan litupan ais kemuncak di atas Gunung Kinabalu berlaku seiring dengan menghilangnya Benua Sunda/Sundaland akibat kenaikan paras aras laut sekitar 3000 tahun yang lalu. Litupan ais yang cair itu mengalir membawa mendakan berupa lumpur bercampur dengan batu pelbagai saiz hanyut jauh dari Gunung Kinabalu. Buktinya boleh dilihat jelas di Kundasang- berupa batu-batu tongkol atau eratik pelbagai saiz yang berselerakan di sekitar kawasan Desa Dairy Farm- sebuah ladang lembu dan kambing susu yang terletak di Dataran Tinggi Pinosuk. Sebahagian lagi menjadi batu-batu yang berada di sekitar Sungai Panataran.

Sungguhpun Gunung Kinabalu kini tidak lagi mempunyai litupan ais kemuncak, kewujudan litupan ais di zaman purba masih dapat dibuktikan menerusi pandangan darat unik yang terbentuk akibat proses hakisan dan luluhawa oleh glasier.

 

Rujukan yang telah digunakan sepanjang penulisan catatan blog ini :

http://mnskuching.blogspot.my/2010/03/natural-sculptures-white-apilite.html
http://www.theborneopost.com/2013/12/22/the-sculpturing-of-mount-kinabalu/
https://atlantisjavasea.com/2015/09/29/sundaland/
https://www.nationalgeographic.org/encyclopedia/glacier/
http://www.onegeology.org/extra/kids/earthprocesses/glaciers.html
http://www.onegeology.org/extra/kids/earthprocesses/alpineglaciers.html
http://www.sabah.edu.my/mrc030.wcdd/glasier.html

 

Quo Vadis, Blog Suara JiwaHalus ?

balancingrock1A

 

Gambar Hiasan : Mencari Keseimbangan…

( Kredit : ‘Balancing The Rocks At Mesilau River 1′ oleh Refflisia Putih )

Di saat penulis menulis catatan ini, menulis (termasuk aktiviti ghostwriting) sudah tidak lagi menjadi profesion penulis.

Suatu keputusan yang begitu sukar, tetapi perlu diambil jua lantaran menyedari sungguh, ada yang lebih penting dari itu.

Setelah menginsafi keadaan kesihatan yang sedia ada lalu bertindak mengubah diet kepada yang lebih sihat serta membuat aktiviti self-administered acupressure sejak berapa lama, penulis mula menyedari bahawa tiada maknanya meneruskan kegiatan cari makan dengan cara begini.

Sementelah lagi, kegiatan ini begitu menguras qi atau kekuatan dalaman penulis hingga hampir timpas, dan suasana sekeliling pun sudah tidak lagi kondusif untuk penulis terus menulis. Penulis perlu beralih arah kepada alternatif baharu agar kehidupan jauh lebih bermakna.

Jadi, ke mana akhirnya blog Suara JiwaHalus berikutan keputusan ini ?

Blog Suara JiwaHalus akan terus wujud atas banyak sebab. Salah satunya, kerana menulis blog adalah hobi dan terapi. Cuma, ada perubahan-perubahan kecil mahupun besar yang bakal mengambil tempat secara perlahan-lahan kelak.

‘Hot Palm’ : In The Grip Of Writer’s Burnout

work-1515801_1280

It is not easy for me to disclose the actual things behind my retirement from writing Malay Creative Writing/Literature works. Somehow I feel moved to share some of the important lessons in two separate posts. In the first post, I’ll share about an interesting findings after reading several Traditional Chinese Medicine articles written by the practitioners. It is about Hot Palm – a health warning sign that became more and more obvious during my active involvement in Malay Creative Writing/Literature. Due to the lack of knowledge and awareness, I became ignorant and so, it leads to the deteriorations of my health conditions in 2012. As a result, my productivity depleted dramatically and many more, and so I quit officially in 2014. Hopefully these two posts can help my fellow writers to realize the importance of self-care, and so, surviving from the grip of writer’s block and burnout.

I’m gravitated towards Traditional Chinese Medicine and other alternative way of self-care, since realizing that I have obvious over-reactive reactions to many modern medical drugs and chemicals. Reading writings from any Traditional Chinese Medicine practitioners are an eye-opening experiences, especially so when I read about any topics that related to my health issues.

Hot palms ( with sweats ) occasionally happening on myself for more than several years since I was a teenager. And those episodes were happened when I experienced the lowest of the lows. For a sudden, I got a very logical explanation of super-enormous burnout episode around 2012-2014 that lead me to my early retirement from Malay Creative Writing/Literature world. Before that, I thought that my decision are entirely driven by negative feelings and emotions. But now, by joining the dots from my self-discovery journey as an Idealist/Catalyst and exploring on best possible solutions for my own health in Traditional Chinese Medicine path, I know that I was solely motivated by intuitively trusting my own body wisdom for survival and that was the best decision on that moment.

It is also one of the sure signs that an individual is experiencing exhaustion and burnout. My sign of writer’s burnout were manifested as early as 2010-2011. My hand palms were hot enough to melt a small bar of chocolate in my grip for several minutes ! My body called me for help, but I ignored how important it was due to a combination of blind stubborness, being cocky and lack of knowledge and awareness. As a result, I have to take a dramatic and radical decision when the things went too far.

 

Writer’s Burnout And Self-Care

Retirement is not an absolute solution to writer’s burnout. It is only serves as a last resort. I took that decision after realizing that pursuing in Malay Creative Writing/Literature was no longer meaningful and it was obviously destroying me inside and out, sooner or later. Other good or better possible solutions to writer’s burnout are still available, especially when it is still in the early stage when a writer just only experiencing hot palms.

In my honest two cents, the best way to solve it in early stage is by doing some acupuncture or acupressure sessions and combining it with some spiritual activities like praying or reciting Holy Scriptures. And doing flower bath or rock salt bath for several weeks as an additional activity is also very helpful by Allah’s Power and Permission.

Acupuncture sessions must be done by a pro by appointments, but we can do our own acupressure massage sessions at home.

There are three places to four acupressure spots that we can apply some deary massages when we are experiencing hot palms. Honestly, it can reduce the hotness and so, that hand sweats.

The first two spots ( heart-related HT7 and HT8 ) are shown in the first picture :

HeartMeridian

Source : http://okinawakenpodssi.com/heart_19.htm

And the other two ( PC6 and PC8 ) are shown in picture below :

PericardiumMeridian

Source : http://okinawakenpodssi.com/pericardium_19.htm

We can put essential oils at the massaging spot before massaging/kneading it, to make the experience more delight and meaningful. I choose white musk oil from Haruman Luqman.

harumanluqman4

Experiencing the difference in one or two days.

For those who are interested to go for some further reading, here are two interesting articles written by the practioners:

http://www.shen-nong.com/eng/exam/internal_sweaty_palms.html
http://nicholassieben.com/heartache-disappointment-depression-soothing-heart-pain-with-acupuncture/