Sembang Sambil Makan Kuih Raya…

Kata seseorang, ” Setiap manusia sudahpun diberikan skrip jalan cerita kehidupan masing-masing sebelum lahir lagi. Jalan cerita kita berbeza dengan orang lain. Seburuk-buruk mana pun jalan cerita kita, kita tidak patut mengambil apatah lagi mencuri jalan cerita orang lain. Kerana kita hanya boleh menjadi protagonis, wirawan dan wirawati dalam jalan cerita kita sendiri, dan begitu juga dengan orang lain. Dalam jalan cerita orang lain, watak terbaik yang kita boleh perankan pun sekadar jadi pembantu protagonis. Kita tidak boleh pergi ke potensi kita yang terbaik bila kita berada dalam cerita orang lain. Dan atas sebab yang sama kita perlu hormati keputusan dan pendirian seseorang selama mana tidak melanggar hukum-hukum aturan Allah Taala, kerana dia hanya buat yang terbaik untuk mengharungi perjalanan dan cabaran yang sudah tertulis dalam skrip jalan ceritanya sendiri.”

Wallahu’alam

-infpmenulis

Kongsikan Pendapat/Luahan Rasa Anda Di Sini...