Tag Archives: Mental Game

Takkan Pisang Berbuah Dua Kali ?

pisangberbuah2x

Takkan Pisang Berbuah Dua Kali.

Masih adakah yang ingat pada ungkapan lama ini, yang pernah diajar oleh guru BM di sekolah dulu-dulu ?

Ungkapan ini dikaitkan dengan rasa serik terhadap pengalaman traumatik. Tapi penulis secara peribadi kurang bersetuju rasa serik dikaitkan dengan sesuatu yang menjadi makanan kita. Bukankah makanan itu sesuatu yang lazat di lidah dan mengenyangkan di perut ?

Bukankah pisang berbuah dua kali itu suatu keajaiban dari kekuasaan Allah Taala yang menggandakan rezeki si penanam pisang dengan Kun Fayakun-Nya ? Bukankah itu patut diraikan dengan tidak mengaitkan fenomena ini dengan apa-apa jua yang berkonotasi negatif ?

Masih ada ungkapan yang lebih baik untuk dikaitkan dengan teruknya melalui sesuatu pengalaman traumatik.

Dipatuk atau disengat dua kali dari lubang yang sama.

Bukankah patukan atau sengatan itu sejenis trauma juga ? Dan trauma itu menyakitkan ?

Bukan mahu mempertikai atau merendah-rendahkan kebijaksanaan orang lama. Tapi akal fikiran penulis sedang dalam mode bermain sejenis permainan bahasa dengan peraturan yang aneh-aneh.