Tag Archives: Media Sosial

Kumpulan Di Media Sosial Pun Ada Auranya Yang Tersendiri !

twitter-292994_1280

Dalam ujian atas talian untuk mengenalpasti sama ada kita tergolong sebagai individu Highly Sensitive Person ( baca : HSP ) atau sebaliknya, terdapat satu soalan yang bertanya apakah kita boleh menyedari perkara-perkara kecil dan tersirat di dalam persekitaran kita.

Bagi individu HSP yang biasa berada dalam pelbagai kumpulan diskusi di media-sosial dan menjawab ya pada soalan tersebut, kemungkinan besar akan terperasan seperkara kecil.

Setiap kumpulan mempunyai nuansa ( baca : aura ) nya yang tersendiri.

Mereka mungkin pernah menyertai satu perkumpulan di Facebook/Whatsapp/Telegram dan merasakan aura negatif dalam kumpulan tersebut. Namun, mereka bersabar, tunggu dan lihat hingga mereka terpaksa keluar dari kumpulan tersebut akibat tindakan ahli lain yang memberi maklum balas negatif ( sampai menyerang peribadi ) kepada entri yang mereka buat di laman sosial.

Mereka mungkin menyertai satu kumpulan di laman sosial kerana minat dan rasa selesa dengan aura kumpulan, namun mereka agak lambat panas dalam soal penyertaan aktiviti atau memberi maklumbalas terhadap satu-satu topik yang dibincangkan. Setelah sekian lama, mereka membuat satu entri topik dan entri itu mendapat maklumbalas positif dari kebanyakan ahli yang aktif. Setelah berasa yakin, mereka membuat satu lagi entri lain namun idea-idea di dalam entri tersebut bercanggah dengan idea-idea kebanyakan ahli di dalam kumpulan. Sungguhpun berbeza, entri yang terkemudian ini tidak mendapat trolling comments dari mana-mana ahli. Mereka memutuskan untuk kekal setia di kumpulan tersebut kerana berasa selesa dan selamat untuk terus berada di situ.

Apa yang ditulis ini sekadar pendapat peribadi semata-mata. Individu HSP yang lain mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza.

Buku panduan untuk mereka yang tergolong dan juga sesiapa jua yang mempunyai hubungan dengan Highly Sensitive Person :

The Highly Sensitive Person: How To Thrive When The World Overwhelms You
by Elaine N. Aron, Ph.D.

Advertisements