Tag Archives: Anniversary Special

Istimewa Sempena Ulangtahun Pertama Blog Suara JiwaHalus…

kadulangtahunpertama

23 Oktober tiba lagi. Sudah setahun rupanya blog Suara JiwaHalus wujud di alam siber ini !

Terima kasih buat anda yang masih setia melawat, membaca dan mengikuti perkembangan blog ini, baik yang terus datang mahupun menyinggah dari laman sosial. Apa yang boleh dilakukan untuk para pembaca setia sempena hari yang bermakna ini ?

Buat masa ini, blog Suara JiwaHalus memperkenalkan beberapa perkara baharu sebagai tambah nilai :

1. Menyiarkan blog post dalam Bahasa Inggeris sekali-sekala. Mungkin sekali dalam satu atau dua minggu.

2. Mewujudkan kategori ‘Gambar Pilihan Minggu Ini’. Kategori ini hanya menyiarkan gambar semata-mata, tanpa sebarang ulasan dari Tuan Tanah. Biar gambar itu berbicara dalam bahasanya.

3. Pengguguran nama Ismi’ Nailofar dari blog Suara JiwaHalus. Memandangkan nama ini sudah tidak lagi relevan dengan hala tuju blog ini, lantaran nekadnya keputusan Tuan Tanah untuk bersara dari arena penulisan kreatif sastera; keputusan tersebut adalah sesuatu yang wajar. Mungkin, ada di kalangan pelawat dan pembaca yang telah mula perasan nama Suara JiwaHalus tertera ketika memberi respon mahupun menjawab pertanyaan dari para pelawat dan pembaca blog ini, sebelum tarikh ini lagi.

4. Pada masa akan datang, mungkin akan ada penulis jemputan yang akan menulis sesuatu di blog Suara JiwaHalus. Kepada yang berminat, sila berhubung dengan Tuan Tanah di khadijah_awang(at)yahoo (dot)com.

Ada sebarang pandangan dan cadangan untuk menambah baik isi kandungan blog Suara JiwaHalus ?

Advertisements