Khidmat Menulis

notebook-1925747_1280

Setelah sekian lama bersiaran di Suara JiwaHalus, baru kali inilah laman khusus untuk perkhidmatan ghostwriting dapat diwujudkan.

Jika anda ingin menulis artikel rencana atau buku, tetapi tidak mempunyai masa atau kurang masa untuk menukang karya anda; penulis dengan penuh takzim tapi berbesar hati sudi membantu anda mencapai matlamat tersebut dengan menawarkan khidmat ghostwriting/ berkarya tanpa nama.

Penulis lebih menjurus kepada penulisan karya dalam Bahasa Melayu namun penulisan karya dalam Bahasa Inggeris juga akan dipertimbangkan jika ia sesuai dengan tahap penulis yang masih dikira ‘nubis’.

Harga perkhidmatan yang ditawarkan adalah berpatutan dan selari dengan kemampuan anda. Bahkan harga yang ditawarkan masih boleh dirundingkan lagi.

Anda boleh berhubung dengan penulis di alamat email suarajiwahalus*at*gmail dot com untuk perundingan topik karya yang hendak ditulis serta harga perkhidmatan.