Persediaan Menghadapi Sebuah Perpisahan…

screenshotwindowsterkini

Screenshot terkini sistem Windows 7 di komputer riba penulis.

Kini, telah jelas pilihan yang perlu dipilih untuk menyelesaikan dilema yang menimpa penulis.

Dilema apa ?

Bagi yang baru sahaja membaca dan mula mengikuti catatan blog Suara JiwaHalus dari catatan ini, ikuti rentetannya bermula dari :

https://heningituindahblog.wordpress.com/2017/01/14/tahun-2017-dan-dilema-seorang-pengguna-os-gnulinux/

Sudah beberapa bulan penulis tidak menggunakan Windows 7 setelah merasa serasi dengan . Demi memenuhi tugasan untuk seorang junior di SMK Kuhara dahulu, penulis kembali sekejap ke kawasan Windows di komputer riba semata-mata untuk menonton video Facebook yang tidak dapat dimainkan di sistem GNU/Linux.

Video tersebut dapat ditonton dengan baiknya. Tetapi penulis sudah mula merindukan kepantasan dan kecekapan Linux Lite yang mirip MacOsX. Namun April 2017 akan tiba tidak lama lagi dan itu bermakna Linux Lite 1.0.6 ( Ubuntu 12.04 ) yang ada di komputer sudah hampir-hampir mencapai waktu luputnya. Pilihan yang ada dan jelas buat masa ini adalah kembali semula ke Windows 7.

Untuk menyediakan diri menghadapi tempoh itu, penulis mula menukar gambar wallpaper kepada tema Akinabalu sama seperti yang ada di kawasan Linux Lite.

Namun segalanya tetap canggung dan asing sejak hampir setahun lalu. Dan di sistem Windows, skrin komputer riba sering berubah-ubah kecerahan dan kontras warnanya menyebabkan konsentrasi penulis terganggu. Bagaimanalah agaknya menyunting gambar atau membuat rekaan grafik dalam situasi kurang selesa seperti itu ?

Perisian juga lambat proses loadingnya. Terhimbau kembali memori lama yang membimbangkan-Penulis menunggu begitu lama untuk perisian Microsoft Word loading dan boleh digunakan. Ketelatan itu juga telah menganggu konsentrasi, aliran kreativiti dan produktiviti penulis dalam berkarya. Tenaga yang disimpan untuk berkarya lari begitu banyak ke arah rasa tertekan, dek rencamnya emosi yang terganggu gara-gara ketelatan tersebut. Sejak berpindah ke GNU/Linux dan menggunakan alternatif LibreOffice, semua itu tiada hal. Dan kalau adapun tak terasa. Penulis mula merasai seronoknya berkarya. Kalau sewaktu menggunakan Windows dahulu, penulis mudah down dan sukar mengembalikan tenaga serta rentak selepas memblog atau menulis karya untuk media cetak. Begitu liat dan malas untuk mengemaskini laman blog sendiri. Sampai berminggu-minggu atau berbulan barulah ada satu blog post yang baharu. Kini, dengan beralih ke GNU/Linux penulis bersemangat untuk menulis dan terus menulis blog. Dalam seminggu, sekurang-kurangnya ada satu blog post. Dan penulis mula menyedari, karya-karya yang bertenaga serta menyentuh diri khalayak yang membaca sebenarnya telah dilahirkan di OS GNU/Linux kerana kepantasan dan kecekapan OS ini telah melancarkan lagi proses komunikasi antara penulis dengan khalayak.

southpeakwallpaper

Screenshot Wallpaper yang sama di Linux Lite 1.0.6

Sejak menggunakan OS GNU/Linux, kuota internet juga lebih lambat habis. Mengapa ? Jawapannya ada pada cara satu-satu OS mengemaskini sistemnya dan kemaskini sistem membabitkan penggunaan internet. OS GNU/Linux dikemaskini secara manual melalui Unix Terminal atau pintasan ‘Install Updates’ sedangkan OS Windows dikemaskini secara automatik by default. Hal itu menyebabkan penulis boleh menjimatkan kuota internet untuk memuat naik atau memuat turun sesuatu.

Untuk detik perpisahan-perkembalian yang bakal tiba, penulis sudah menukar cara Windows mengemaskini sistem dari by default set kepada manual updates.

Banyak lagi langkah-langkah yang perlu diambil agar tempoh peralihan itu lebih lancar dan selesa.

Walaupun sudah mengambil langkah-langkah persediaan sebaik mungkin, hati penulis masih amat sayu dan berat menghadapi detik perpisahan dengan GNU/Linux. Dapatkah penulis menyesuaikan diri dengan secepatnya ?

Advertisements

Kongsikan Pendapat/Luahan Rasa Anda Di Sini...

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s