Lindungi Tangan Yang Halus Lembut Itu…

toolbox

Bukan Sekadar Gambar Hiasan :  Pemutar Skru Peninggalan Arwah Ayah Yang Penulis Gunakan Memang Ada Dalam Gambar Ini…

Sudah lama ingin menulis catatan ini sebenarnya namun kerana belum ada rezeki maka tertangguhlah. Dan kekuatan untuk menulisnya baru diperolehi sewaktu bertukang untuk memasang rak kecil untuk menyimpan alat-alat dandanan diri di kamar peribadi baru-baru ini…

Individu Highly Sensitive Person ( HSP ) biasanya mempunyai petanda jelas tentang siapa dirinya melalui anggota badan. Salah satu darinya adalah mempunyai sepasang tangan yang halus lembut ( dan inilah satu-satunya petanda jelas yang ada pada diri penulis sendiri ).

Dan sewajarnya tangan seperti itu dilindungi dengan sarung tangan sewaktu melakukan kerja-kerja lasak seperti bertukang kayu.

Beberapa bulan yang lalu, penulis mengalami kecederaan di tangan kanan akibat kulit tapak yang melecet sewaktu bekerja menggunakan pemutar skru peninggalan arwah ayah. Pada waktu itu, penulis langsung tidak menggunakan sarung tangan yang khusus untuk kerja-kerja bertukang dan tidak mengambil kisah akan risiko kecederaan kerana pemegang pemutar skru tersebut berlapik getah. Skru yang terlalu keras untuk diputar memaksa penulis menggunakan kekuatan yang lebih untuk membuka mahupun memasangnya.

Sudahnya penulis tercedera…

Kecederaan itu hanya penulis sedari sewaktu melihat tapak tangan sendiri seusai pekerjaan. Kulit yang terkupas terasa pedih apabila terkena peluh atau air. Sudahnya, penulis terpaksa menggunakan sarung tangan kalis air dari getah apabila membuat kerja-kerja rumah yang memerlukan kontak dengan air selama beberapa hari hingga kecederaan itu sembuh.

Walaupun pedih, apa yang berlaku bukanlah satu kesia-siaan. Mungkin sekali ia suatu pengajaran yang ada manfaatnya bila mengetahui bahawa memakai sarung tangan ketika bertukang itu untuk melindungi tangan yang halus lembut dari kecederaan dan manfaatnya dapat dikongsikan bersama dengan individu yang senasib.

Advertisements

Kongsikan Pendapat/Luahan Rasa Anda Di Sini...

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s