Biarkan Sahaja Air Mata Itu Mengalir…

tears

Kredit : Imanimex

Saat sahabat/rakan/ahli keluarga/pasangan anda yang berjiwa halus sedang bersedih dan menangis, biarkan sahaja air mata itu mengalir hingga dia sendiri berhenti menangis atas kemahuannya sendiri.

Jangan pernah berkata, “ Jangan menangis…”, walaupun niat anda untuk mengatakannya itu baik dan murni.

Lebih baik anda mengenggam tangannya… Menawarkan kepadanya dakapan anda agar dia berasa selamat dan terlindung. Dan menggosok-gosok kepalanya ketika dia telah berada dalam dakapan anda. Dan mulut anda tetap diam dari memujuk dan mengatakan, “Jangan menangis…”

Kerana air mata adalah keperluan asasnya, sepertimana kita perlu makan untuk hidup.

Mengatakan ‘Jangan menangis’ samalah seperti menafikan keperluan asasnya.

Air mata itu perlu untuk meneutralkan kesan emosi negatif ke atas jiwanya. Seperti aliran air yang membersihkan kekotoran.

Jika insan berjiwa halus tidak dapat mengalirkan air matanya, dia akan merasa kepedihan yang tidak berpenghujung akibat pendaman emosi negatif mahupun jiwa yang terbeban dengan tekanan/kejutan. Potensi dan anugerah berupa keupayaan mengasihi, menyayangi, melihat orang lain dengan pandangan belas kasih dan memahami sesuatu secara mendalam akan hilang. Daya berfikir, memfokus dan ingatannya jadi berkurangan. Dan dia mula melihat hidup dari pandangan seseorang yang negatif dan pesimistik. Dirinya diisi dengan sifat-sifat dan perwatakan buruk yang seterusnya menjejaskan hubungan dengan orang-orang di sekelilingnya.

Lebih buruk lagi apabila itu menjadi sebab untuk sistem ketahanan badannya menurun dan dia mula dihinggapi penyakit kronik.

Mahukah hal itu terjadi pada orang yang kita kasihi ?

Biarkan sahaja air matanya mengalir, jika anda tidak mahu.

Advertisements

Kongsikan Pendapat/Luahan Rasa Anda Di Sini...

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s