Mengenalpasti ‘Toxic People’

poison-1481596_1280

“ Untuk berjaya dan bahagia, kita perlu kurangkan kontak dengan atau langsung sahaja jauhi mereka yang tergolong sebagai Toxic People.”

Itu saranan yang selalu diwuar-wuarkan oleh kebanyakan pakar motivasi atau life coach. Dan sejak beberapa tahun yang lalu, sudah banyak artikel internet yang ditulis tentang Toxic People, jadi penulis tidak akan menulis panjang lebar tentangnya.

Sesetengah dari deretan artikel atau buku sedemikian menyebutkan Toxic People ini sebagai Energy Vampire.

Dan artikel-artikel mahupun buku-buku ini turut menyebutkan ciri-ciri Toxic People/Energy Vampire. Berderet-deret ciri-ciri yang disebut-sebut.

Sejujurnya, walau tanpa membaca artikel atau buku-buku itu, cukuplah tabiat pagi seseorang untuk mengenalpasti individu yang tergolong dalam Toxic People atau Energy Vampire.

Toxic People/Energy Vampire memulakan penghidupannya di pagi hari dengan marah-marah atau maki hamun orang lain. Perkara-perkara yang remeh-temeh dan boleh dibawa bertolak ansur pun jadi sebab untuk dia bertengkar dengan orang lain di pagi hari. Walhal pagi hari adalah waktu di mana Allah berikan rahmat dan rezeki kepada semua makhlukNya, dan orang tua-tua yang bijaksana melarang kita dari bertengkar atau marah-marah pada waktu itu kerana boleh menjadi sebab kepada terhalangnya rezeki.

Cukuplah perkara yang satu itu mengingatkan kita agar menjauhkan diri dari tergolong di kalangan Toxic People/Energy Vampire.

Advertisements

Kongsikan Pendapat/Luahan Rasa Anda Di Sini...

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s