Titik Penyesalan

km8updown

Kredit : Tomomi Nakao

“ Ketika kita merasakan kejayaan semakin jauh dari kita, waktu itulah sebenarnya kejayaan semakin hampir dengan kita…”

Pasti ada yang pernah mendengar atau membaca ungkapan motivasi ini suatu ketika dahulu. Entah siapa yang mencetuskannya. Bagi yang sudah biasa dengan jatuh dan bangun dalam perjuangan kehidupan, ungkapan ini ada benarnya.

Bagi mereka yang pernah berada di tempat ini suatu ketika dahulu ( dan tidak semestinya semua ), mereka pasti merasai sendiri dan menyedari akan kebenaran ungkapan ini secara realistik.

Di tempat yang digelar sebagai Titik Penyesalan.

Di sinilah sisi-sisi tersembunyi kita saling bertingkah. Tertanya-tanya sendiri, untuk apa ke sini ? Adakalanya kita bertemu jawapan. Adakalanya kita gagal menjawab sendiri pertanyaan dari diri kita sendiri. Kedinginan dan kegelapan begitu mencengkam. Rasa letih dan segala macam kesakitan membangkitkan kekesalan di hati. Rasa ingin beralah dan berpatah balik semakin mendesak-desak. Perlukah aku mengalah ?

“ Sedikit sahaja lagi tu… Teruskan sahaja !”

Suara malim menerjah indera dengar. Kegelapan yang masih mencengkam kuat membangkang.

Namun rasa percaya muncul saat cahaya fajar menyuluh papan tanda di sisi kiri. Memang benar, masih ada lebih kurang 700 meter untuk dihabiskan. Secara tiba-tiba rasa letih dan kesakitan hilang bagai dibius pelali. Seakan ada besi khursani yang tertunjang di tulang belakang sendiri. Langkah-langkah terakhir kembali diatur dan diayun hingga sampai ke titik jaya.

Bagi yang mengambil iktibar, itu semua menjadi bayangan kepada setiap perjuangan meniti denai misi kehidupan. Ada ketika akan bertemu titik penyesalan yang menghadapkan kita kepada dua pilihan. Teruskan perjalanan atau berundur sahaja. Dan setiap pilihan ada implikasinya yang tersendiri.

Tergantung kepada keadaan perjalanan, salah satu akan menjadi pilihan.

Advertisements

Kongsikan Pendapat/Luahan Rasa Anda Di Sini...

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s