Memberi Kepada Yang Tidak Pernah Memberi…

Memberi kepada yang tidak pernah memberi itu sesuatu yang sukar dilakukan. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang sesuka hatinya melukakan kita mahupun mencemarkan nama baik kita. Lebih-lebih lagi di zaman pasca-moden yang merajakan keakuan.

Namun, sebagai ingatan dan motivasi buat yang membaca dan juga menulis, memberi kepada yang tidak pernah memberi itu adalah sesuatu yang dilakukan seorang insan paling mulia di atas muka bumi. Untuk kita ikuti dan contohi…

Meski dicerca, dihina dan diaibkan sebegitu rupa oleh orang yang menerima, memberi kepada yang tidak pernah memberi tidak pernah luput dari kebiasaan Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam. Baginda terus setia memberi hingga ke akhir hayat.

Kisah Baginda tatkala mendepani dua orang wanita tua Yahudi menjadi bukti kukuh yang begitu mengharukan. Walaupun cuma dibaca dari buku, namun kisah Baginda mampu mengalirkan air mata sesiapa sahaja.

Semestinya kisah itu layak menjadi pendidikan yang memotivasikan, tatkala berdepan dengan orang-orang bermasalah yang mencetuskan masalah pada kita.

Mungkin sekali orang-orang itu tidak pernah melihat contoh sebenar dalam berkasih-sayang sejak awal mula lagi. Mudah-mudahan dengan memberi, kita menunjukkan contoh yang betul kepada orang-orang yang bermasalah itu dan mudah-mudahan dengan Izin Allah hatinya tersentuh lalu terbuka untuk mengikuti apa yang telah kita tunjukkan seiring gerak masa.

Mudah-mudahan kita semua diberi kekuatan dan kemampuan untuk memberi kepada yang tidak memberi.

Advertisements

Kongsikan Pendapat/Luahan Rasa Anda Di Sini...

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s