Terima Kasih Warga Discover Tawau !

terimakasih
Sebelum tanggal 12 November 2016, laman blog Suara JiwaHalus diibaratkan seolah-olah hutan Maliau Basin sebelum pemasyhurannya. Senyap sunyi dan amat jarang menerima kunjungan manusia.

Dan tanggal 12 November 2016 merupakan satu tanggal yang mengejutkan bagi tuan tanah laman Suara JiwaHalus apabila menerima kunjungan pelawat yang tidak disangka-sangka jumlahnya.

Berikut adalah carta analisis kunjungan yang dibuat oleh pihak WordPress untuk tarikh tersebut :

statistik12nov2016

Semuanya bermula dengan artikel blog yang dikongsikan pautannya di grup Facebook Discover Tawau. Tajuknya begitu dekat dengan warga Tawau yang alma maternya adalah SMK Kuhara.

Sehingga ke tarikh artikel ini ditulis, pautan berkenaan masih terus menerima ‘like‘ dari ahli dan para pengunjung Discover Tawau.

Dan para pengunjung juga memberi maklumbalas yang begitu memberangsangkan. Melalui para pengunjung jugalah saya mengetahui bahawa pereka grafik yang mereka logo klasik SMK Kuhara ialah Encik Wahid Saat.

Terima kasih buat warga Discover Tawau kerana sudi menjenguk-jenguk dan membaca artikel berkenaan. Artikel tersebut hanya sekadar mengongsikan pendapat peribadi dan peluahan rasa kasih serta rindu kepada alma mater. Mudah-mudahan Tuan-tuan dan puan-puan akan terus mengikuti artikel seterusnya di laman Suara JiwaHalus selepas ini.

Kongsikan Pendapat/Luahan Rasa Anda Di Sini...