Musnahkan Sahaja Atau Dikitarsemula ?

b4nafter

Biar Gambar Berbicara… Bingkai Gambar Yang Sama, Sebelum dan Sesudah.

Selepas mengambil keputusan nekad untuk berpisah arah dan membawa haluan ke jalan yang lain, apa yang saya mahukan hanyalah terus bergerak maju ke hadapan, tanpa dihalangi kenangan silam yang menggamit rasa nostalgia dan seterusnya menggerakkan hati untuk ingin berpatah balik.

Namun, barang-barang lama yang ada dalam persekitaran kita sering pula mencetus nostalgia silam yang membelenggui kita ketika pandangan mata kita terarah kepadanya.

Untuk tidak lagi dikuasai rasa terbelenggu, sudah tentu kita perlu menjauhkan barang-barang yang berkenaan dari ruang penglihatan kita.

Ada yang mengambil tindakan yang amat radikal- terus memusnahkannya dengan membuat unggun api. Serius. Selepas mengalami sendiri pergolakan emosi pasca-perpisahan yang begitu dahsyat, saya tabik dengan pilihan mereka.

Sejujurnya, keputusan yang sama pernah melintas-lintas di ruang hati ketika gejolak emosi masih membuak-buak. Tetapi tidak dilaksanakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pilihan yang ada adalah menjauhkan diri dari melihat atau terlihat benda tersebut, dengan cara menyembunyikan benda yang berkenaan di tempat yang tersembunyi dalam tempoh bertenang yang ditetapkan sendiri. Dan bila tempoh bertenang tamat, buat keputusan yang betul dan laksanakannya tanpa ragu-ragu.

Selepas tempoh bertenang, lihat kembali lalu memilih antara memusnahkan atau dikitar semula atau di pertengahan antara kedua-duanya.

Dalam kes kali ini, jalan pertengahan yang dipilih selepas melihat sendiri bagaimana rupa bingkai kaca tersebut selepas dipisahkan dari isi di dalamnya.

Bingkai kaca yang kosong itu tiba-tiba nampak mempunyai nilainya yang tersendiri. Seni ukirannya dan tekstur bahan sampingan yang digunakan. Bingkai ini pasti ditempah dari seorang tukang yang mahir membuatnya. Yang tulus dengan kerja-kerjanya. Nilainya barangkali lebih tinggi berbanding dengan bingkai siap yang pernah saya lihat di kedai-kedai menjual barang perhiasan rumah.

img_20161108_142733

Bingkai Gambar Yang Telah Dileraikan Sebelum Proses Mengecat Semula

Jika dicat semula dan dijual kembali di kedai rombengan atau di mudah.com.my, kemungkinan besar cepat laku.

Selepas dipertemukan semula dengan sebuah dokumen lama yang lebih tinggi nilainya dan lebih layak diletakkan dalam bingkai tersebut, niat untuk menjual semula bingkai ini dibatalkan.

Bingkai ini dicat semula dalam kemasan warna emas, sesuai dengan warna dokumen pengganti yang bakal diletakkan di dalamnya.

img_20161108_143457

Bingkai Gambar Yang Sama Selepas Proses Mengecat Semula

Dan inilah hasilnya…

sijil2

Bagi yang memilih untuk mengitar semula dan menjual kembali barangan lama yang melukakan hati tetapi tidak sanggup pula untuk melihat barangan tersebut, anda boleh meminta seseorang yang beremosi neutral untuk membuat perkara tersebut untuk anda.

Pada yang memilih jalan pertengahan- Selamat Maju Jaya !

Nota Kemas Kini : Atas sebab-sebab yang tertentu tajuk asal telah diubah.

Advertisements

Kongsikan Pendapat/Luahan Rasa Anda Di Sini...

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s