Jangan Pandang Ia Sebelah Mata…

adidaskampung

Kredit : Blog Sunny Outdoors 

Entah apalah agaknya yang terlintas di hati fikiran masing-masing sewaktu melihat sepasang kasut dalam gambar ini…

Bagi yang menulis ini, tidaklah adil bila tanggapan negatif yang singgah cepat sahaja dilayan-layan; hanya kerana ia nampak begitu murah, dan tidak seglamour kasut-kasut jenama tersohor antarabangsa, tanpa terlebih dahulu membuat test drive mahupun mendengar pengalaman peribadi dari mereka yang pernah memakainya.

Meskipun murah dan tidak glamour, ia tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Mungkin kerana kasut ini pernah dipakai ayah kita sewaktu berusaha mencari sesuap nasi dan kos membiayai persekolahan kita sehingga kita jadi apa yang kita ada pada hari ini.

Mungkin banyak lagi, yang diketahui sehinggalah kepada sesuatu yang belum diketahui.

Namun, untuk catatan kali ini, biarlah kita tumpukan pada keistimewaannya di mata mereka yang menjadi watak-watak penting dalam misi pendakian/trekking ke Gunung Kinabalu- para malim gunung dan porter ( tukang angkut barang ).

Kasut ini bukan sekadar bertaraf mampu milik, tetapi daya cengkaman bak tayar kapalterbang itulah menjadikan ia sesuai untuk pergerakan tangkas dalam kepelbagaian keadaan permukaan cerun dan keadaan cuaca yang sering berubah-ubah di Gunung Kinabalu.

Sudah banyak kisah pengalaman yang didengar mahupun dibaca. Apapun, untuk catatan kali ini, cukuplah dikongsikan sebuah komentar menarik seorang pelawat ke salah satu artikel blog di laman mount-kinabalu-borneo.com. Ia menceritakan keistimewaan kasut ini ketika menempuh detik getir berdepan hujan lebat di atas puncak gunung :

rainingincident

 

Bahkan kasut yang nampak biasa-biasa ini telahpun mendapat perhatian yang begitu istimewa di peringkat antarabangsa, ketika Saffrey Sumping mendapat tempat keempat dalam acara terbuka lelaki Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu 2007. Pada waktu ini, malim gunung yang berasal dari Bundu Tuhan ini hanya memakai kasut tersebut untuk berlumba !

climbathon2016

 

Saffrey Sumping, Juara Climbathon edisi ke-29. Telah mempopularkan kasut ‘Adidas Kampung’ ke peringkat antarabangsa ketika Cimbathon 2007.

Kredit : Azliah Ahmad

 

Dengan saingan yang mendahului memakai kasut dengan jenama lebih gah serta peristiwa mendapat hadiah kasut lumba dari Agustí Roc Amador ( pemenang tempat kedua ) menjadi perhatian media, Saffrey tiba-tiba menjadi seolah-olah duta produk bagi kasut yang mendapat jolokan ‘Adidas Kampung’.

Justeru, jangan pandang ia sebelah mata !

 

Artikel-artikel lain yang menarik dan berkaitan…

1.  http://mount-kinabalu-borneo.com/blog/he-only-used-adidas-kampung-but-still-won-the-climbathon-07.html

2. http://www.climbingmtkinabalu.com/2010/10/shoes-slippers.html

Advertisements

4 thoughts on “Jangan Pandang Ia Sebelah Mata…

  1. Kiersten

    I have been surfing on-line more than three hours these days, yet I by no
    means discovered any attention-grabbing article like yours.

    It’s beautiful price sufficient for me. In my view, if
    all webmasters and bloggers made just right content as you probably did, the net can be much
    more helpful than ever before.

    Liked by 1 person

    Balas
    1. Suara JiwaHalus Post author

      Hi Kiersten !

      Thank you for sharing your thought. It’s interesting that you’re able to read and appreciate it, even though there’re obvious language barrier existing between us. Are you using translation machine BTW ?

      Looking forward to hear from you.

      Like

      Balas

Kongsikan Pendapat/Luahan Rasa Anda Di Sini...

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s