Belajar Dari Kejadian Alam…

Video ini berdurasi singkat, namun menontonnya sudah cukup membuat darah sesiapapun berderau !

Cukuplah video tersebut untuk memahami logika di sebalik papan tanda amaran ini :

kinabalu-rain5

Kredit : Blog Mount-Kinabalu-Borneo.com

Bila dikaitkan dengan perjalanan/pendakian kehidupan kita- terutama dalam usaha mencapai cita-cita/pencapaian dalam medan pilihan kita, ada waktunya kita perlu belajar untuk mengundur diri apabila sesuatu yang menanti di hadapan jelas memudaratkan diri kita atau paling kurang pun, menjadi sesuatu yang bersifat Rat Race.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu Rat Race.

Menurut Wikipedia, Rat Race bermaksud “ A rat race is an endless, self-defeating, or pointless pursuit. It conjures up the image of lab rats racing through a maze to get the “cheese” much like society racing to get ahead financially.

Berundur diri tidak semestinya menjauhi untuk selama-lamanya.

Berundur diri bukan semestinya bermakna kita manja, pengecut dan mudah berputus asa, tetapi memberi ruang untuk bermuhasabah diri dan menganalisis situasi, dan seterusnya kembali semula dengan strategi baharu apabila masanya telah tiba untuk kembali meneruskan perjalanan/pendakian dengan Izin Allah.

Itulah yang telah dipelajari dari suatu kejadian alam yang Allah SWT takdirkan berlaku. Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat untuk kita bersama.

Advertisements

Kongsikan Pendapat/Luahan Rasa Anda Di Sini...

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s