Memilih Guru…

SchoolBlock_03b

( Sumber gambar )

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, kita tidak bisa memilih guru. Guru setiap subjek sudah ditentukan pihak sekolah. Kita hanya terima seadanya. Syukurlah guru-guruku di SMK Kuhara dulu-dulu begitu baik budi pekertinya, bukan hanya hebat ilmu pengetahuannya. Kini semua yang dicurahkan dahulu jelas terpancar dari mantan-mantan schoolmate ku. Alhamdulillah a’la kulli hal. Proses transformasi berjalan mengikut keunikan setiap individu. Yang pasti, ramai yang berjaya dalam bidang masing-masing. Saya hanya ‘numpang bahagia’. Di sebalik kejayaan mereka ada guru-guru yang mencurah jasa.

PadangSMKKT

( Sumber gambar )

Kini, zaman persekolahan sudah berlalu. Namun pintu-pintu menuntut ilmu pengetahuan tetap terbuka luas. Kita bebas memilih siapa guru kita…

Namun kebebasan memilih itu perlu berimbang dengan sikap berhati-hati memilih guru. Kerana guru tidak hanya menyampaikan ilmu pengetahuan atau kemahiran semata-mata, tapi juga sikap yang akan ditiru pelajar. Pelajar-pelajar barangkali tidak mendengar kata guru, namun mereka tidak pernah gagal untuk meniru perwatakan dan sikap yang guru mereka bawa. Jika guru berani mencela ulama’ muktabar atau membidaahkan orang, memaki mencela orang lain dengan kata-kata seperti bodoh, bongok serta perbuatan jelek yang lain, pasti itu juga diikut pelajar-pelajarnya secara naluri alamiah. Maka dalam kedewasaan ini, bukan hanya kehebatan ilmu dan kemahiran serta pengalaman yang perlu dipandang dalam memilih guru, tapi juga sikap dan budi pekerti. Berhati-hati seperti Wali Allah Syeikh Bayazid al-Bistami Yang Mulia dalam soal mengambil guru, tak kira bidang duniawi atau ukhrawi.

Dalam kesempatan ini, kuluahkan setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guruku di SMK Kuhara kerana membimbingku serta rakan-rakan untuk berjaya dalam hidup.

Advertisements

Kongsikan Pendapat/Luahan Rasa Anda Di Sini...

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s